Berita baik untuk anda semua , Bantuan kewangan RM1000 akan disalurkan sebulan melalui di bawah program BKK yang telah disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tahun 2024.
Selain itu , Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di bawah agensi kerajaan iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga memperkenalkan sebuah program Bantuan Kanak – Kanak (BKK).
Salah satu tujuan utama program khas ini disediakan adalah untuk sentiasa membantu agar dapat meringankan sedikit beban rakyat khusunya bagi mereka dalam golongan sasar pada tahun ini.
Baca juga : Pengeluaran Akaun 1 KWSP 2024 Yang Dibenarkan Untuk Pencarum
BANTUAN KANAK – KANAK (BKK) RM1000
Bantuan kewangan ini akan diberikan kepada mereka yang berpendapatan rendah sahaja dimana jumlah yang akan disalurkan adalah sebanyak RM150 sehingga RM1000 untuk setiap keluarga yang berkelayakan sahaja.
Bantuan ini merupakan bantuan bulanan yang akan disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu keluarga ataupun penjaga kepada anak – anak agar dapat meneruskan kelangsungan hidup.
JUMLAH BAYARAN BKK
Berikut adalah merupakan jumlah bayaran yang akan diberikan berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan :
- RM200 : Berumur 6 tahun dan ke bawah
- RM150 : Berumur 7 tahun hingga 18 tahun
- RM1000 : Kadar maksimum sebulan untuk sekeluarga
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk terima Bantuan Kanak – Kanak (BKK) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :
- Warganegara Malaysia
- Kanak – kanak berumur 18 tahun dan ke bawah
- Keluarga ataupun penjaga yang memberi jagaan kepada kanak – kanak dengan pendapatan bulanan isi rumah adalah mestilah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Perlaksana bantuan kebajikan ini selaras dengan senarai bersama (concurrent list) antara kerajaan persekutuan dan negeri
CARA MOHON
Bagi mereka yang berkelayakan ingin membuat permohonan bantun BKk , boleh dibuat melalui portal rasmi di eBantuanBKK.