Permohonan Rumah PR1MA Secara Online Bagi Tahun 2022 ~ Mohon Sekarang !

Kongsi
Untitled 2

Untuk pengetahuan anda semua , kerajaan telah memperkenalkan sebuah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dapat menyediakan rumah mampu milik sekaligus dapat meningkatkan kualiti yang tinggi untuk diberikan kepada golongan yang berpendapatan tengah.


Salah satu tujuan Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) ditubuhkan adalah untuk membangunkan kediaman dengan moden , berkualiti tinggi dan selesa. Berikut merupakan langkah-langkah bagi cara mohon rumah PRIMA tahun 2022.

Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :

SYARAT KELAYAKAN

Di bawah kami akan kongsikan syarat kelayakan yang diperlukan dalam permohonan ini seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun dan ke atas semasa membuat permohonan
  • Individu atau berpasangan yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM2,000 hingga RM15,000
  • Individu atau pasangannya tidak mempunyai lebih dari satu hartanah

CARA MOHON

1.  Pendaftaran

  • Anda perlu layari pautan rasmi di https://www.pr1ma.my/  , sila pastikan lengkapkan pendaftaran dan anda akan menerima nombor rujukan PR1MA . Nombor rujukan PR1MA ini anda perlu simpan untuk masa depan rujukan PR1MA.

2.  Pelancaran Pembangunan Baharu

  • Pemohon akan diberikan maklum bagi perlaksanaan pembangunan PR1MA baru serta lokasi yang anda pilih

3. Permohonan

  • Pembangunan Baru Dilancarkan : Jika berjaya membaut pendaftaran dan log masuk , anda perlu teruskan dengan aplikasi PR1MA Homes kerana kemasukan untuk mengundi adalah tidak automatik
  • Pembangunan Unit Terhad : Sila menghubungi rakan jualan yang telah dilantik untuk membuat pemeriksaan ketersediaan unit

4. Undian 

  • Proses pengudian yang terbuka akan dilakukan oleh pemohon yang memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan.

5. Pemilihan Unit

Anda bakal akan dijemput untuk sesi pemilihan unit unit bagi memilih unit yang ketersediaan , pastikan anda menyediakan wang sebanyak RM500 dalam bentuk draf bank untuk yuran tempahan .

  • PERBADANAN  PR1MA MALAYSIA (Unit kediamaan di Semenanjung Malaysia & Sabah)
  • PR1MA DEVELOPMENT SDN BHD (Projek Sarawak)
  • PRIMA SEREMBAN SENTRAL SDN BHD (Kediaman Seremban Sentral)

6. Permohonan & Kelulusan Pembiayaan

  • Anda perlu siapkan dokumen yang diperlukan serta hantar permohonan pinjaman ke institusi Kewangan pilihan anda
  • Pinjaman Bank – Kululusan ini mengambil masa selama 1 bulan dari tarikh yang anda tempah
  • Pinjaman Kerajaan (LPPSA) – Kelulusan ini mengambil masa selama 2 bulan dari tarikh tempahan anda
  • Maklumat lanjut anda boleh hubungi Institusi Kewangan pilihan anda

7. Perjanjian Jual Beli

  • Perjanjian Jual Beli (SPA) ini akan didatangani antara pemaju iaitu PR1MA dan anda adalah sebagai pembeli. Penyerahan Kunci Rumah PR1MA juga bakal diserahkan kepada anda setelah pembangunan selesai.

8. Bantuan Pembiayaan 

Makluman anda semua , kepada mereka yang ingin membeli hartanah PR1MA , bantuan pembiayaan ini akan disediakan menerusi institusi kewangan (bank) dalam negara

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mmepunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan Rumah PR1MA , anda boleh terus layari laman web portal rasmi PR1MA di https://www.pr1ma.my/ .

Leave a Comment