Permohonan Rayuan Bantuan STR 3 Tahun 2024 Kini Dibuka Untuk Rakyat Malaysia. Seperti yang kita lihat , biarpun bantuan STR Fasa 3 dalam proses pembayaran buat masa sekarang tetapi masih terdapat segelintir rakyat yang gagal terima bayaran. Oleh itu , permohonan rayuan bantuan STR Fasa 3 kini dibuka agar rakyat yang gagal dapat membuat permohonan semula.
Pada pembentangan Belanjawan 2024 , YAB Dato Srri Anwar Ibrahim merangkap sebagai Perdana Menteri serta Menteri Kewangan telah mengugumkan mengenai STR 2024 ini telah ditambah baik dari segi kenaikkan peruntukan sebanyak RM2 bilion yang dijangkakan akan memanfaatkan penerima yang layak.
Baca juga : Bantuan i-Suri RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan Yang Diperlukan
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Kerajaan pada sebelum telak melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) , Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) , Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan juga Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Walaubagaimanapun , kerajaan telah mengugumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 16 Januari 2023. Melalui program ini akan lebih memfokuskan kepada setiap isi rumah , bujang , ibu bapa tunggal serta warga emas yang berkelayakan.
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini akan dilaksanakan sebanyak empat kali dalam masa setahun dengan secara berperingkat.
PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN STR FASA 3
Berita baik untuk rakyat yang tidak berjaya terima bayaran STR Fasa 3 baru – baru ini kerana anda masih berpeluang untuk membuat permohonan rayuan secara online melalui laman web portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR).
Selain itu , permohonan rayuan bantuan STR Fasa 3 juga boleh dilakukan secara manual dengan mendapatkan borang di kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.
Pautan rasmi untuk mereka yang ingin membut permohonan rayuan bantuan STR Fasa 3 :
JUMLAH BAYARAN
Berikut adalah merupakan jumlah bayaran yang akan disalurkan melalui bantuan STR Fasa 3:
1. Isi Rumah B40
- RM150 – RM600 : Bergantung jumlah tanggungan
2. Isi Rumah M40
- RM150 – RM300 : Bergantung jumlah tanggungan
3. Warga Emas Tiada Pasangan
- RM150
4. Bujang
- RM50
TARIKH BAYARAN
Pembayaran ini telah diumumkan juga serentak dengan tarikh bayaran STR Fasa 3 bagi penerima sedia ada di mana penerima yang lulus dalam rayuan inu akan dikreditkan mulai 18 hingga 20 September dengan secara berperingkat.
Seperti yang kita tahu , setiap kali perlaksanaan bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini penerima yang memegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) akan terima bayaran lebih awal berbanding dengan pemegang akaun bank lain.