Makluman anda semua , Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah berharap insentif geran padanan yang akan diberikan ini dapat mendorong lebih ramai pekerja sektor berkenaan mencarum dalam program ini.
Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :
- Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) RM250 Untuk Rakyat Malaysia Tahun 2022
- Panduan Mohon e-Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Bagi Tahun 2022
- RASMI : Pengeluaran Wang KWSP Bersasar Kini Dibenarkan Bagi Tahun 2022 ~ Mohon Sekarang !
I-SARAAN KWSP
Insentif Persaraan ataupun dikenali sebagau i-Saraan dengan caruman yang secara sukarela ini membolehkan anda suri rumah dan yang bekerja sendiri agar dapat membuat caruman seperti pekerja awam dan swasta untuk setiap bulan.
Maklumat tambahan , sebagai ahli insentif ataupun pencarum anda akan terima sumbangan daripada kerajaan sebanyak 15% ataupun jumlah maksimum bagi setahun adalah sebanyak RM250.
Berikut adalah merupakan manfaat yang akan diterima oleh pencarum
- Bantuan kematian sebanyak RM2,500 mengikut terma dan syarat
- Pencarum bakal terima insentif 15% ataupun RM250 setahun
- Pencarum ini mampun menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan
- Menyediakan saluran persaraan kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap
SENARAI GOLONGAN YANG BEKERJA SENDIRI
Kami akan komgsikan segala senarai golongan yang bekerja sendiri untuk membuat permohonan i-Saraan :
- Nelayan
- Petani
- Pengasuh bayi
- Pemandu teksi / e-hailing
- Freelancer seperti pelakon , penyanyi , perunding serta lain – lain lagi
- Pemilik perniagaan
- Ejen insuran dan hartanah
- Suri rumah
- Sudah berpencen
- Pemilik praktis sendiei (peguam , akauntan , doktor)
- Pemilik perniagaan dalam talian
SYARAT KELAYAKAN
Berikut asalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP :
- Warganegara Malaysia
- Individu bekerja sendiri ataupun tidak mempunyai pendapatan yang tetap , suri rumah serta pekerja yang sudah pencen
- Beeumur 55 tahun dan ke bawah
- Merupakan pencarum KWSP
CARA MOHON
Sekiranya anda layak dan berminat untuk membuat permohonan i-Saraan , anda boleh terus hadir di mana – mana kaunter KWSP yang berdekatan dengan tempat tinggal anda dan bawa bersama dokumen – dokumen yang penting seperti yang kami kongsikan di bawah ini :
- Mykad
- Borang i-Saraan KWSP 16G (M) (PENDAFTARAN KALI PERTAMA SAHAJA)
- Borang i-Saraan KWSP 6A (2) (SEMASA BAYARAN)
- Minimum pembayaran – tiada had
- Maksimum pembayaran – RM60,000 setahun untuk semua pencarum
- Bayaran dalam tunai dan cek ataupun menerusi perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)