Permohonan Bantuan Kewangan Sebanyak RM2500 Sebelum 31 Januari 2022

Kongsi

AVvXsEizA1M5fkYKRN0 itnLQ5LxQ cQhASvG1UcJuWDvKeFeBj4Ii0ieGrL1EfWNHSOOAkdkVnQU5WEnUJGOUHQsJ5jQuJkDFvcZRWOvfLXxKChjoZ3M FdpOKXNGhm4lJbbJ9THPMePl0i5J0cSmyMZnNKvYa 6wqD4Rq1I34pKzZOnJFsPDt5rG8 Yp30=w640 h384

 Makluman anda semua , terdapat sebuah bantuan kewangan sebanyak RM2,500 yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun lepas dimana permohonan ini akan dibuka sehingga 31 Januari 2022.


PERINCIAN BKM

Bantuan yang dimaksudkan adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang baharu sahaja dilancarkan pada tahun ini. Sebelum ini bantuan yang dilaksanakan adalah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tetapi pada pembentangan bajet belanjawan 2022 telah ditukar kepada Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

SYARAT KELAYAKAN’

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) seperti :

I. Kategori Isi Rumah

  • Kahwin
  • Ibu bapa yang kategori tunggal ataupun balu , duda dan janda yang mempunyai anak menepati syarat
  • Mempunyai pendapatan sebulan di bawah RM5,000
II. Kategori Warga Emas
  • Individu bujang ataupun ibu bapa tunggal , balu , duda dan janda yang tidak mempunyai anak
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Mempunyai pendapatan sebulan di bawah RM5,000
III. Bujang
  • Individu bujang atau ibu bapa yang tunggal , balu , duda dan janda serta tidak mempunyai anak
  • Berumur 21 sehingga 59 tahun
  • Mempunyai pendapatan di bawah RM2,500 sebulan

KADAR BANTUAN

Mengikut kadar bantuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan sebanyak RM2,000 yang akan diterima penerima bagi mengikut kategori. Tetapi kerajaan telah menambah baik dimana bantuan tamabahan sebanyak RM500 yang menjadikan sebanyak RM2,500 maksimum.

1. Kategori Isi Rumah 

I. Berpendapatan di bawah RM2,500 dan ke bawah untuk sebulan

  • RM1000 bagi yang tidak mempunyai anak
  • RM2,500 bagi yang mempunyai 1-2 orang anak
  • RM2,000 bagi yang mempunyai anak 3 orang anak dan ke atas
II. Berpendapatan RM2,501 sehingga RM5,000 untuk sebulan
  • RM400 bagi yang tidak mempunyai anak
  • RM600 bagi yang mempunyai 1-2 orang anak
  • RM800 bagi yang mempunyai 3 orang anak dan ke atas
2. Kategori Warga Emas
  • RM600 seorang untuk penerima yang layak
3. Kategori Bujang
  • RM350 untuk setiap penerima yang layak
4. Bantuan Tambahan RM500

Kerajaan telah menetapkan syarat kelayakan untuk bantuan tamabahan bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) seperti :

  • Kategori isi rumah yang berstatus tunggal serta mempunyai anak yang menepati syarat 
  • Kategori isi rumah yang berstatus warga emas dan berumur 60 tahun dan ke atas
Secara keseluruhannya bantuan yang bakal diterima adalah menjadikan sebanyak RM2,500 untuk penerima yang layak.

CARA MOHON

Di bawah kami akan kongsikan langkah-langkah untuk membuat permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BM) :

  • Pertama sekali , anda perlu layari laman web portal rasmi di https://bkm.hasil.gov.my/
  • Seterusnya anda perlu klik pada bahagian Permohonan Baru
  • Pastikan anda lengkap mengisi butiran pada maklumat pemohon
  • Muat naik dokumen sokongan seperti slip gaji , salinan kad pengenalan
  • Selanjutnya , anda juga perlu mengisi untuk wakil anda
  • Lengkapkan pengesahan yang diperlukan 
  • Jika selesai , anda boleh hantar dan permohonan berjaya

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) , anda terus boleh hubungi di talian hotline 03-8882 4565 atau 1-800 2747 .

Leave a Comment