Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Sehigga RM300 Untuk Golongan B40 ~ Mohon Sekarang !

Kongsi
Untitled 1

Berita baik untuk rakyat negeri Selangor kerana terdapat sebuah bantuan diperkenalkan iaitu Bantuan BINGKAS ataupun dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor yang bertujuan untuk meringankan beban mereka dalam menjalani kehidupan seharian.


Matlamat utama adalah agar dapat mengiktirad peranan penting bagi ketua keluarga yang tidak mengenali apa itu penat lelah dalam mengurus hal ehwal keluarga, mendidik serta membesarkan anak – anak lebih lagi semasa waktu pandemik Covid -19.

Menerusi kenyataan Menteri Besar Selangir , Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin Shari , program ini akan diperluaskan dalam menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Inu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) agar dikalangan para ibu menerima manfaat.

Dalam program ini terdapat seramai 30,000 buah keluarga yang akan diberikan bantuan kewangan berjumlah RM300 untuk menampung pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan untuk anak – anak mereka.

SYARAT PENDAFTARAN

Jika anda ingin memohon bantuan tersbut , anda perlu membuat semakan syarat pendaftaran terlebih dahulu di laman web rasmi BINGKAS .

Permohonan ini akan diwarkan kepada mereka yang

  • Warganegara Malaysia
  • Pemilih yang berdaftar di Selangor
  • Lahir di Selangor serta menetap di Selangor  melebihi 10 tahun
  • Tanggungan yang berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan

CARA MOHON

Jika and berminat untuk membuat permohonan , anda boleh terus layari di laman web portal rasmi BINGKAS bagi mengemaskini nombor telefon yang terkini.

AVvXsEjcVIxj0JUbU4l08VCSCRVc7IvTKil7OT86DwAWCNrUd26M1qZEaxjgniEbZtPHUEmb7Lpo3HuSJ733Jslg2OKRByGGNxBgTUuC86bsqiwdhZHc8ZhzrUgdJ5Q X9eRj8sRxEL0d3OscQbz1SloRPbvyzxlDYMfo8Gxd8mPjFOwFSOieqDpQOM5okU =w512 h640AVvXsEjcVIxj0JUbU4l08VCSCRVc7IvTKil7OT86DwAWCNrUd26M1qZEaxjgniEbZtPHUEmb7Lpo3HuSJ733Jslg2OKRByGGNxBgTUuC86bsqiwdhZHc8ZhzrUgdJ5Q X9eRj8sRxEL0d3OscQbz1SloRPbvyzxlDYMfo8Gxd8mPjFOwFSOieqDpQOM5okU =w512 h640

Leave a Comment