Permohonan Bantuan Anak Pelihara (BAP) Berjumlah RM500 Kini Dibuka ~ Mohon Sekarang !

Kongsi
Untitled 1

Untuk makluman anda semua , bantuan yang kami akan kongsikan ini adalah sebuah bantuan kewangan di bawah agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah dinamakan iaitu Bantuan Anak Pelihara (BAP).



OBJEKTIF UTAMA BANTUAN BAP

Berikut merupakan tujuan utama Bantuan Anak Pelihara (BAP) diperkenalkan :

  • Pertama sekali adalah untuk sentiasa membantu kanak – kanak yang kurang bernasib baik , anak yatim / piatu dengan menetap di dalam keluarga peliharanya.
  • Meringankan sedikit tanggungan keluarga pelihara yang telah sanggup bertungkus lumus untuk menjaga anak – anak pelihara yang menganggap seperti anak sendiri.
  • Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah RM250 sehingga RM500 sebulan mengikut bilangan anak yang dipelihara.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BAP 2023

Kami akan rujukan kepada anda semua tentang syarat – syarat kelayakan yang diperlukan :

I. Keluarga yang memberi jagaan kepada anak – anak tersebut :
  • Kanak – kanak mestilah berumur di bawah 18 tahun
  • Kanak – kanak yang telah ketiadaan ibu bapa
  • Kanak – kanak tersebut bukanlah diambil sebaia anak angkat melalui Akta Pengangkatan 1952 ataupun Akta Pendaftaran Pengngkatan 1952
II. Kanak – kanak yang telah tinggal bersama dengan keluarg pelihara menerusi :
  • Kanak – kanak telah dipelihara menerusi di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak – Kanak mengikut Akta Kanak – Kanak 2001.
  • Kanak – kanak ini diambil daripada “Program Anak Pelihara” yang telah dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
PERMOHONAN BANTUAN BAP

Berita baik untuk keluarga yang memounyai jagaan anak pelihara kerana permohonan untuk Bantuan Anak Pelihara (BAP) ini masih dibuka buat masa sekarang. Kepada anda semua yang telah menepati kritita syarat yang diperlukan digalkkan untuk membuat permohonan.

CARA MOHON

1. Pastikan anda muat turun seeta isi borang dengan lengkap (Borang Permohonan) 
2. Sila bawa borang – borang yang diperlukn seperti di atas serta dokumen sokongan ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

3. Antara dokumen sokongan yang diperlukan bagi memudahkan urusan pentadbiran . Kami akan kongsi di bawah senarai yang diperlukan.
  • Salinan kad pengenalan diri (pemohon)
  • Salinan mas pengenalan ibu/bapa/suami/isteri/anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak – anak
  • Salinan penyata gaji (sekiranya ada)
MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat , anda boleh terus layari laman web portal rasmi di https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bap.html .

Leave a Comment