Permohonan Baharu Bantuan STR 2025 Kini Dibuka

Kongsi

Walaupun buat masa sekarang penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) masih menunggu dengan pembayaran Fasa 4 yang akan dikreditkan pada bulan November 2024 ini. Permohonan dan kemaskini STR 2025 telah dibuka awal bulan ini untuk semua golongan yang berkelayakan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025

Berita baik untuk anda semua , Bantuan tahunan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diteruskan lagi bagi tahun ketiga pada tahun hadapan dengan penambah baikan dari segi kadar bantuan mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Selain itu , STR juga adalah merupakan salah satu bantuan insentif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui pembentangan bajet Belanjawan untuk diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Tarikh Permohonan Dan Kemaskini

Untuk pengetahuan anda semua , tarikh permohonan dan kemaskini ini bagi penerima sedia adalah telahpun dibuka sehingga hujung bulan November 2024. Oleh itu , diharapkan rakyat yang tidak menerima bantuan STR sebelum ini untuk membuat permohonan baharu.

Permohonan tersebut boleh dilakukan melalui laman web portal rasmi STR ataupun boleh hadir ke pejabat HASiL yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Manakala bagi penerima sedia ada yang belum kemaskini maklumat dalam tempoh masa 3 tahun ini disarankan untuk membuat kemas kini terbaru.

Kadar Pembayaran STR 2025

Seperti yang kita lihat melalui pembentangan bajet Belanjawan setelah diumumkan oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim terdapat juga peningkatan jumlah pembayaran bantuan melalui Sumbangan Asas Rahmah dengan jumlah bayaran yang akan diberikan kepada penerima yang layak sebanyak RM1,200.

Dengan penambahan peruntukan Belanjawan 2025 ini , kadar bantuan maksimum untuk setiap isi rumah yang layak akan terima bayaran sehingga RM4,600 jika dibandingkan dengan tahun ini sebanyak RM3,700 sahaja diberikan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan baharu dan kemaskini STR 2025 , anda boleh terus layari melalui laman web portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .