Pengeluaran Akaun 1 KWSP Yang Dibenarkan Bagi Bulan September 2024

Kongsi

Pengeluaran Akaun 1 KWSP Yang Dibenarkan Bagi Bulan September 2024. Seperti yang kita tahu , pengeluaran simpanan KWSP ini terbahagia kepada dua iaitu Akaun 1 dan Akaun 2.

KWSP hanya membenarkan pengeluaran simpanan Akaun 1 sahaja boleh dilakukan secara penuh wang simpanan manakala bagi Akaun 2 hanya dibenarkan untuk membuat pengeluaran sebahagian simpanan berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan.

Baca juga : Bantuan MyKasih RM100 : Semakan Pembayaran Bagi Bulan September 2024

PEKERJA BERPENCEN

Kepada pekerja berpencen ataupun persaraan pilihan , mereka boleh membuat pengeluaran secara penuh. Maksud tersirat pekerja berpencen adalah pekerja yang telah diletakkan dalam mana – mana jawatan du bawah undang – undang bertulis dakam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia , Kerajaan Negeri , badan kuasa berkanun ataupun tempatan.

BERUMUR 55

Sekiranya ahli telah mencapai berusia 55 tahun boleh melakukan pengeluaran simpanan secara penuh kerana Akaun 1 dan Akaun 2 tersebut akan digabungkan menjadi Akaun 55. Apabila pencarum membuat pilihan untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun , caruman tersebut secara automatiknya akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas dimana pengeluaran simpanan boleh dibuat jika mencapai umur 60 tahun.

HILANG UPAYA

Ahli KWSP yang mengakami hilang upaya boleh membuat pengeluaran simpanan setelah mereka disahkan oleh pegawai perubatan. Selain itu , mereka juga akan diberikan bantuan kewangan sebanyak RM5,000 yang dikenali sebagai Bantuan Hilang Upaya agar dapat membantu ahli tersebut sedikit sebanyak mengurangkan beban.

KEMATIAN

Jika ahli meninggal dunia , pengeluaran penuh simpanan mereka boleh dilakukan oleh waris yang terdekat. Hal ini dikatakan kerana pihak KWSP menasihatkan kepada ahlinya untuk membuat penamaan agar sekiranya berlakunya kematian pihak KWSP mudah untuk mengurus pengeluaran simpanan.

MENINGGALKAN NEGARA

Bagi ahli yang telah melucutkan taraf kewarganegaraan mereka dengan berhijrah ke negara jiran ataupun negara lain boleh untuk membuat pengeluaran kesemua simpanan mereka di KWSP.

Ahli yang telah mengikuti kehendak syart kelayakan yang diperlukan oleh KWSP , permohonan pengeluaran KWSP ini boleh dilakukan dengan secara atas talian sahaja melalui Sistem i- Akaun KWSP. Manakala , bagi mereka yang ingin membuat permohonan secara manual boleh pergi di cawangan KWSP yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.

Maklumat lanjut , anda boleh terus layari portal rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/en/ untuk maklumat lebih terperinci mengenai pengeluaran Simpanan Akaun 1 .