Seperti yang kita tahu , pengeluaran simpanan KWSP ini telah terbahagi kepada dua akaun simpanan iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Untuk pengetahuan anda semua , terdapat hanya Akaun 1 sahaja yang dibenarkan untuk penceum membuat pengeluaran secara penuh melalui wang simpanan mereka masing – masing.
Manakala bagi Akaun 2 ini KWSP akan meluluskan untuk pencarum membuat pengeluaran sebahagian simpanan sahaja dengan berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan.
Baca juga : Bantuan STR Fasa 3 Mula Disalurkan Hari Ini ~ Semak Sekarang !
PEKERJAAN BERPENCEN
Pekerja yang telah berpencen ataupun persaraan pilihan ini dibenarkan untuk membuat pengeluaran penuh. Maksud perkataan “Pekerja Berpencen” adalah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah syarikat ataupun undang – undang yang bertulis dalam penjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia.
MENINGGALKAN NEGARA
Kepada pencarum yang melucutkan taraf kewarganegaraan mereka dengan tujuan untuk berhijrah ke negara lain juga boleh untuk membuat pengeluaran penuh melalui akaun simpanan KWSP mereka.
HILANG UPAYA
Pencarum yang telah mengalami hilang upaya juga boleh membuat pengeluaran penuh simpanan setelah merek disahkan oleh pegawai perubatan . Selain itu , pencarum tersebut juga layak untuk terima bayaran sebanyak RM5,000 sebagai Bantuan kewangan agar dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi.
KEMATIAN
Sekiranya berlakunya kematian terhadapi ahli tersebut , pengeluaran simpanan merema juga boleh dibuat melalui waris yang terdekat ataupun waris yang telah didaftarkan. Hal ini dikatakan kerana pihak KWSP menegaskan untuk setiap ahli membuat penamaan agar dapat memudahkan urusan jika berlakukan kematian.
BERUMUR 55 TAHUN
Ahli yang telah mencapai usia 55 tahun juga telah dibenarkan untuk membuat pengeluaran penuh simpanan mereka. Hal ini demikian kerana Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan menjadi akaun 55. Apabila pencarum memilih untuk terus bekerja selepas berusia 55 tahun, caruman tersebut akan diberikan selepas ahli mencapai usia 60 tahun.
Sekiranya pencarum telah menepati syarat – syarat yang diperlukan seperti di atas ini. Permohonan boleh dilakukan melalui secara online di Sistem i-Akaun KWSP ataupun boleh membuat permohonan secara manual di cawangan KWSP yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.
Sebarang maklumat lanjut mengenai Pengeluaran Akaun 1 KWSP ini boleh di buat melalui Portal Rasmi KWSP.