Pembayaran untuk i-Sinar bagi bulan April hampir melabuhkan tirai. Tambahan pula , pembayaran bagi -Sinar untuk bulan Mei telah ditunggu oleh para penerima yang layak. Untuk makluman anada semua , I-Sinar adalah merupakan salah satu pengeluaran wang KWSP yang mana dapat dibenarkan oleh kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat dalam meneruskan kelangsungan hidup rakyat yang menghadapi pandemik Covid-19.
Oleh itu , pembayaran bagi i-Sinar untuk bulan Mei akan dipercepatkan berbanding pembayaran i-Sinar untuk bulan April.
PEMBAYARAN I-SINAR UNTUK BULAN MEI BAGI KATEGORI 1 & 2
Pembayaran i-Sinar sekarang sama seperti dulu yang mana pembayaran akan didahulukan kepada para penerima kategori 1 dan seterusnya kepada penerima bagi kategori 2. Pembayaran bagi i-Sinar dijangkakan akan dilaksanakan pada 3 Mei 2021. Seperti sedia maklum , pembayaran ini akan dilaksanakan mengikut secara batch/kumpulan masing-masing.
JADUAL TARIKH PEMBAYARAN I-SINAR UNTUK MEI
- Sekiranya pembayaran i-Sinar akan dilaksanakan pada 3/5/2021. Mereka adalah penerima i-Sinar untuk bulan April pada 1/4/2021 yang lepas
- Apabila pembayaran i-Sinar dilaksanakan pada 4/5/2021 maka para penerima pada 2/4/2021 yang lepas akan menerima pembayaran
- Jika pembayaran i-Sinar tersebut dilaksanakan pada 5/5/2021 maka para penerima pada 5/42021 yang lalu akan menerima pembayaran
- Begitulah pembayaran akan dilaksanakan untuk seterusnya , pembayaran ini dilaksanakan mengikut batch/kumpulan masing-masing
- Jika anda tidak menerima pembayaran pada tarikh ditetapkan , berkemungkinan besar pembayaran anda telah ditukarkan ke tarikh yang baharu.
INFORMASI TAMBAHAN
PEMBAYARAN BERJAYA DIKREDIT
Duit i-Sinar akan terus masuk ke dalam akaun penerima yang layak.
PEMBAYARAN GAGAL DIKREDITKAN
Pembayaran i-Sinar tidak masuk ke dalam akaun anda kerana salah nombor akaun ataupun akaun tidak aktif. Anda perlu tunggu sebarang makluman daripada pihak KWSP.
Sye mhu tye..balance dlm akaun 1sye ad Rm650.00 lgi..tpi byaran sterusnye cuma Rm100 shje.bleh tak sye mhu keluar kn smua
Maybank KL tak masuk lagi bulan lepas 13/4 bulan nie apa pun tak masuk lagi
I-SINAR tamat bulan depan / Jun. Ttp. PKP mula sekali lg. KWSP patut teruskan I-SINAR 2.0 utk mereka yang masih memerlukan.