Perkara ini telah melibatkan permohonan yang masih lagi menunggu keputusan kelulusan serta berstatus yang tidak lulus , sebelum ini bagi syarat kelayakan i-Sinar telah dilaksanakan , KWSP menyeruh agar untuk membuat semakan hari seterusnya.
KEPUTUSAN KELULUSAN SEBELUM 25 FEBRUARI
Untuk pengetahuan anda semua , ramai pemohon yang telah diluluskan bagi permohonan mereka pada 24 Februari .
Bagi permohonan yang telas diluluskan pada 25 Februari yang lalu , pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyatakan bahawa pembayaran akan dilaksanakn bermula
- 2 March 2021
KEPUTUSAN KELULUSAN SELEPAS 25 FEBRUARI
Buat masa ini , daripada hasil pemerhatian kami terhadap pemohon yang lulus . Kami mendapat maklumat bahawa pemohon yang lulus pada 25 Februari telahpun menerima bayaran.
Namun begitu , masih ramai lagi pemohon yang telah lulus mengikut tarikh yang ditetapkan belum menerima bayaran
Oleh itu , untuk pengetahuan anda semua , berkemungkinan besar pembayaran ini akan dilakukan secara berperingkat serta pemohon yang lulus lebih awal.
PERINCIAN PENGELUARAN
Untuk makluman anda semua , pada tarikh 11 Februari yang lalu . melalui pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini dapat membolehkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur kurang daripada 55 tahun untuk membuat pengeluaran daripada akaun 1 tanpa sebarang syarat.
Kepada yang sedang melakukan permohonan i-Sinar bagi kategori 1 dan 2 akan diluluskan serta merta.
- Permohonan yang baharu bagi i-Sinar tanpa syarat akan dibuka bermula 8 March bagi semua ahli yang berumur 55 tahun ke bawah.