Pembayaran Bantuan STR Fasa 3 Maksimum Sehingga RM800 Sebelum Sambut Hari Raya Aidiladha

Kongsi
Untitled 1
Berita baik untuk anda semua khususnya kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2023 , kerana bayaran untuk Fasa 3 tidak lama lagi bakal dikreditkan ke dalam akaun penerima masing – masinng. 



Hal ini dikatakan kerana bayaran akan diawalkan dan dijangkakan mula dikreditkan pada hujung bulan Jun 2023.


SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Seperti yang kita tahu , bayaran STR 2023 ini akan diteruskan lagi untuk Fasa 3 yang menjadikan 1 Fasa sahaja lagi untuk selesaikan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan salah satu usaha kerajaan dalam membantu rakyat yang memerlukan untuk meringankan beban dalam menjalani kehidupan seharian seperti mengurangkan kos dalam pembelian barangn dapur.

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini sama seperti bantuan – bantun kerajaan yang lepas di mana bayaran akan melibatkan secara berperingkat dengan mempunyai fasa – fasa yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

KADAR BANTUAN

Jumlah bayaran melalui STR Fasa 3 ini adalah maksimum sebanyak RM800 berbanding dengan Fasa 2 yang lepas iaitu sebanyak RM200 sahaja.

Kategori Isi Rumah Mempunyai Pendapatan Di Bawah RM2,500
  • Tidak Mempunyai Anak – RM300
  • Mempunyai 1 – 2 Anak – RM400
  • Mempunyai 3 – 4 Anak – RM600
  • Mempunyai 5 Anak & Ke Atas – RM800
Kategori Isi Rumah Mempunyai Pendapatan Di Bawah RM5,000
  • Tiada Anak – Tiada Terima Bayaran
  • Mempunyai 1 – 2 Anak – RM150
  • Mempunyai 3 – 4 Anak – RM200
  • Mempunyai 5 Anak Dan Ke Atas – RM250
Kategori Bujang , OKU Serta Warga Emas
  • RM100
SIAPAKAH YANG LAYAK TERIMA BAYARAN?

Semua kategori ini layak untuk terima bayaran bagi Fasa 3 kecuali Isi Rumah yang berpendapatan antara RM2,501 – RM5,000 yang tiada anak sahaja tidak akan terima bayaran Fasa 3.

Justeru itu , pemohon yang lulus dalam membuat permohonan pada Mac lepas juga akan terima bayaran bagi Fasa 3 ini.

TARIKH PEMBAYARAN FASA 3

Perdana Menteri trlah mengugumkan bahawa STR Fasa 3 ini dijangkakan dikreditkan sebelum menyambut Aidil Adha kepada penerima – penerima yang layak.

Dalam bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini telah melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion serta memanfaatkan lebih lapan juta penerima.

Leave a Comment