Mohon Rumah Sewa Ikrar KPKT Dengan Kadar Bayaran Sebanyak RM124/Bulan

Kongsi

 Untitled 5

Kerajaan telah menyediakan satu inisiatif kepada rakyat yang terkesan dengan kehilangan tempat tinggal akibat pandemik Covid-19 sangat memberi kesan yang besar kepada ekonomi negara. Kesan pandemik Covid-19 dari segi faktor kehilangan sumber pendapatan , kehilangan pekerjaan serta kekurangan sumber pendapatan. 


RUMAH IKRAR KPKT

Tujuan rumah sewa ikrar KPKT adalah untuk memberikan tempat tinggal yang selesa dan harmoni kepada rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 di negara kita.

Tambahan pula , melalui inisiatif rumah sewa ikrar KPKT akan memberikan sewaan yang percuma kepada pemohon yang layak dalam membuat permohonan selama (6 bulan). Kerajaan melaksanakan sedekimian adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat.

image

image

CIRI-CIRI RUMAH IKRAR KPKT

Berikut adalah merupakan ciri-ciri rumah PPR KPKT yang dibina oleh kerajaan seperti berikut :

  • Kawasan bandar besar adalah jenis rumah yang bertingkat iaitu 5 hingga 18 tingkat 
  • Kawasan pinggir bandar adalah jenis rumah teres yang dibina
  • Binaan rumah PPR adalah merangkumi 1 ruang tamu , 1 ruang dapur , 2 bilik air , 3 bilik tidur
  • Keluasan projek pembinaan rumah PPR adalah tidak kurang daripada 700 kaki persegi

KEMUDAHAN ASAS RUMAH IKRAR KPKPT

Dalam pembinaan projek rumah ikrar KPKT , kemudahan yang akan disediakan adalah seperti :

  • Dewan Komuniti
  • Gerai Makan
  • Kemudahan OKU 
  • Tadika
  • Surau
  • Taman Permainan
  • Rumah Sampah 

PROJEK RUMAH IKRAR KPKT

Projek yang melibatkan rumah PPR KPKT adalah seperti :

  • PPR Lembah Subang 2 , Selangor
  • PPR Sentul Murni , Kuala Lumpur
  • PPR Sinar Intan 3 , Kedah
  • PPR Aman Jaya , Kedah
  • PPR Kota Setar , Kedah
  • PPR Gua Musang , Kelantan
  • PPR Kota Bharu , Kelantan
  • PPR Sg. Melana 2 , Johor

SYARAT PERMOHONAN RUMAH IKRAR KPKT

Jika anda ingn membuat permohonan , syarat yang diperlukan adalah seperti berikut : 

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri 
  • Pendapatan isi rumah adalah tidak melebihi RM3,000/Bulan

CARA MOHON

Kepada pemohon yang layak untuk menyewa rumah PPR , anda boleh membuat permohonan melalui langkah-langkah yang akan diterangkan :

  • Pertama sekali , anda boleh layari portal rasmi di https://teduh.kpkt.gov.my/scheme/rumah-ikram-kpkt
  • Seterusnya , anda klik pada bahagian butang “Lihat Senarai Projek
  • Sila pilih rumah PPR yang ingin “diduki
  • Selanjutnya ,anda perlu klik butang “Mohon Disini
  • Akhir sekali , isi semua maklumat yang diperlukan 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan bekaitan rumah PPR , anda boleh terus hubungi di talian hotline yang tertera :

image

Leave a Comment