Mohon Bantuan Suri Rumah Sebanyak RM480 Bagi Tahun 2022 Untuk Golongan B40

Kongsi

AVvXsEjXRSsg6RC4XwdkadSSRV zSPG 95n1d39JO MYa96yAf7yIKZvIYf0qaFUygU 4D1RcDEwWQ1lqDb7cJLHZc2nr0y9Upn8DSGlYFJaI1JX 3LUQCZ 0014EuqSvnqakrt l7LEe4Yfw5wqI0RQ IylZ oGCyUlFRji6R4q48K3uRqj8qp dnIp Yv=w640 h384

Untuk pengetahuan anda semua khususnya kepada golongan perempuan yang menjadi suri rumah , Golongan suri rumah akan menerima insentif sebanyak RM480 untuk setahun. Golongan suri rumah boleh memilih untuk mencarum di KWSP melalui insentif khas yang disediakan iaitu i-Suri.


Tujuan i-Suri diperkenalkan adalah untuk sentiasa memastikan kesejahteraan golongan suri rumah sebagai pengorbanan mereka kepada ahli keluarga serta pembangunan negara. Dalam insentif i-Suri terdapat banyak faedah yang ada.

Antara faedah yang dimaksudkan di atas adalah golongan suri rumah akan menerima insentif sebanyak RM480 untuk setahun . Selain itu , bantuan kematian seabnyak RM2500 juga telah di sediakan dalam insentif i-Suri untuk golongan suri rumah.

CARA DAFTAR I-SURI

Permohonan ini boleh dibuat dengan pergi ke cawangan KWSP yang berdekatan dengan tempat tinggal anda dengan membawa dokumen yang diperlukan seperti

  • Mykad
  • Borang i-Suri KWSP 16G M (Bagi Perdaftaran Buat Kali Pertama)
  • Borang i-Suri KWSP 6A 2 (Borang Semasa Pembayaran)

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan :

  • Warganegara Malaysia
  • Isteri adalah merupakan kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Berumur tidak melebihi 60 tahun
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dengan Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) pada 30 November 2019
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 untuk sebulan ataupun RM60 untuk setahun ke dalam akaun KWSP

CARA BAYARAN

  • Secara tunai ataupun cek di kaunter peresitan KWSP
  • Secara tunai ataupun cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
  • Pindahan wang melalui perbankan internet
image

image

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih mengenai insentif I-Suri KWSP , Anda boleh terus layari laman web di portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/insentif-suri .

Leave a Comment