Untuk pengetahuan anda semua , terdapat sebuah bantuan kewangan yang dikalangan masyarakat tidak tahu . Tetapi sekiranya anda layak memenuhi kriteria syarat kelayakan yang diperlukan anda bakal menerima bantuan kewangan sebanyak RM700.
Bantuan yang dimaksudkan di atas adalah Mysalam yang merupakan salah satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma bagi menyediakan perlindungan takaful kepada golongan yang mempunyai pendapatan rendah.
Di samping itu , perlindungan takaful ini juga telah memberi manfaat dalam membantu serta memudahkan kehidupan masyarakat untuk golongan yang mempunyai pendapatan rendah dalam meneruskan kelangsungan hidup.
JUMLAH BANTUAN
Penerima yang layak akan menerima dengan kadar bantuan yang telah ditetapkan seperti :
- Bantuan sebanyak RM8,000 akan diagihkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan
- Bantuan sebanyak RM700 setahun
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk membuat permohonan bantuan kewangan :
- Penerima BSH / BPR / BKM untuk kategori B40
- Berumur 18 tahun sehingga 65 yang mempunyai pasangan
- Individu berumur 40 tahun hinnga 65 tahun dengan kadar pendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
- Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun hinnga 65 tahun dengan kadar pendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Berikut merupakan cara untuk membuat semakan status kelayakan :
- Pertama sekali , anda perlu layari laman web portal rasmi di https://www.mysalam.com.my/b40/info/
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Seterusnya , tekan butang semak
- Status kelayakan akan dipaparkan
CARA TEBUS BANTUAN KEWANGAN RM700
Di bawah kami akan kongsikan cara ataupun langkah tebus bantuan kewangan Mysalam :
- Layari laman web portal rasmi Mysalam
- Log masuk pertama untuk membuat pendaftaran
- Setelah selesai daftar , log masuk seperti biasa
- Kemaskini maklumat yang terkini serta muat naik dokumen yang diperlukan dan hantar
- Tunggu beberapa hari untuk menerima keputusan tuntutan anda
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan kewangan Mysalam , anda boleh terus hubungi di talian hotline 1-300-88-8938 .