Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan salah satu insiaitf kepada ahli yang meninggal dunia. Inisiatif yang diperkenalkan adalah melalui Program Bantuan Kematian KWSP dengan jumlah sebanyak RM2500. Bantuan ini boleh dituntut oleh ahli keluarganya apabila ahlinya telah meninggal dunia.
Bayaran yang telah disediakan adlaah sebanyak RM2500 dan akan dikreditkan secara one-off kepada tanggungan ahli yang berkelayakan seperti baldu,duda,anak,ibu dan bapa berdasarkan status perkahwinan.
SYARAT KELAYAKAN YANG DIPERLUKAN
Antara syarat kelayakan yang diperlukan adalah seperti berikut :
- Ahli yang mempunyai KWSP
- Ahli yang meninggal dunia belum mencapai usia 60 tahun
- Tanggungan ahli seperti balu,duda,anak,ibu,bapa berdasarkan status perkahwinan
- Ahli keluarga yang meninggal dunia adalah warganegara Malaysia serta menetap di Malaysia yang telah mendaftar sebelum 1 Ogos 1998
- Permohonan perlu diterima dalam tempoh masa 6 bulan dari tarikh kematian
GOLONGAN YANG LAYAK MOHON
- Penama
- Berumur 18 tahun dan ke atas
JENIS DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Di bawah kami akan kongsikan segala dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pihak KWSP :
- Sijil kematian ahli
- Sijil kelahiran ahli
- Surat kuasa
- Buku bank ataupun penyata akaun simpanan
- Kad pengenalan diri pemohon
- Borang pengeluaran KWSP 9KM
- Penama yang meninggal dunia
- Sijil nikah
DOKUMEN WAJIB DISEDIAKAN
- Surat kuasa
- Sijil perintah faraid
- Perintah pembagian
- Bukti-bukti pertalian
- Surat kuasa Amanah Raya Berhad
- Serta dokumen-dokumen lain yang diperlukan
KAEDAH PEMBAYARAN
Pembayaran ini akan diberikan melalui akaun bank pemohon dengan secara automatik sekiranya berjaya dalam membaut permohonan.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan berkaitan bantuan kematian KWSP , anda boleh hubungi pihak KWSP di talian hotline 03-8922 6000 .