KWSP Telah Mengugumkan Butiran Penuh Pengeluaran Khas RM10,000

Kongsi

Untitled 3

Kerajaan telah mengugumkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kerajaan membenarkan pengeluaran khas wang KWSP RM10,000.


Seperti sedia maklum , permohonan ini hanya akan dibuka kepada semua ahli KWSP sahaja. Anda perlu membaca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui butiran penuh pengeluaran khas KWSP RM10,000 yang diterangkan oleh kerajaan.

BUTIRAN PENUH PENGELUARAN KWSP

Berikut merupakan butiran penuh yang diterangkan oleh kerajaan untuk semua ahli KWSP :

  • Ahli yang berumur di bawah 55 tahun
  • Pembayaran ini akan dilaksanakan secara “one-off” sahaja
  • Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan ahli ataupun akaun semasa ahli

TARIKH MOHON

Permohonan khas KWSP RM10,000 akan dibuka bermula pada 1 April sehingga 30 April 2022.

PERMOHONAN MELALUI PORTAL KHAS

Pihak KWSP telah mengugumkan bahawa pengeluaran khas KWSP RM10,000 hanya boleh dibaut melalui portal khas yang akan disediakan bermula 1 April 2022.

Permohonan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanana Pekerja (KWSP) hanya boleh dibuat menerusi portal khas.

MAKLUMAT DIPERLUKAN MELANCARKAN URUSAN

KWSP menasihatkan kepada semua ahli KWSP untuk memastikan perkara – perkara yang diperlukan telah lengkap seperti :

  • Nombor telefon bimbit yang terkini telah berdaftar dengan KWSP
  • Nombor akaun bank adalah aktif (Simpanan atau Semasa)
  • Baki simpanan KWSP telah disemak
  • Akaun di atas adalah merupakan atas nama sendiri bukannya atas nama bersama ataupun akaun syarikat

Tetapi jika ahli tidak mempunyai akaun bank , anda boleh membuat pilihan dan memilih Arahan Bayaran sebagai kaedah Pengeluaran Khas Kelak.

JUMLAH PEMBAYARAN

Melalui kenyataan rasmi KWSP , pengeluaran KWSP untuk amaun minimum adalah sebanyak RM50 dan amaun maksimum yang boleh dibuat adalah sebanyak RM10,000 .

Leave a Comment