Kenaikan Gaji Minimum Dengan Berjumlah RM1,500 Dilaksanakan Bermula Mei 2022

Kongsi

AVvXsEixi6wqMLllyD4GJkb3bVdtu44F5rx6RmeL CWxtGrUVvKvXgY C3nTgdCR11DgmhcAdHb1koEmd uC4EgTXsTSV1Pbd8as1vfs v8acqqOOEFteM2W bmD C4bAy0BBt5Gf8YiGMgjCY PhmclJL7mTl0OGLZce2 02N79NwOJy5BKIN4cmLuliq2J=w640 h384

 Kuala Lumpur : Sebentar tadi kerajaan telah mengugumkan perlaksanaan kadar kenaikan gaji yang berjumlah RM1,500 bermula pada 1 Mei 2022 ini.


Perkara ini telah diumumkan oleh perdana menteri , Datuk Ismail Sabri Yaakob semasa memberikan ucapan penggulungannya menerusi Perhimpunan Agung Umno (UMNO) 2021 sebentar tadi.

“Saya telah mendengar perbahasan yang telah dibawa daripada mperwakilan rakyat di luar sana . Oleh itu , saya akan mengugumkan perkara ini di dewan keramat , kerajaan untuk meluluskan perlaksanaan kenaikan kadar gaji minimum RM1,500 pada Mei 2022. Katanya dalam ucapan tersebut.

Beliau juga telah berkata bahawa kajian impak yang telah dilaksanakan adalah secara mendalam sebelum membuat sebarang keputusan perlaksanaanya yang telah diputuskan oleh kerajaan.

Katanya juga , perkara di atas telah diambil kira menerusi pelbagai aspek termasuklah kesan terhadap perusahan mikro kecil dan sederhana (PMKS).

” Oleh yang demikian , perlaksanaan kenaikan kadar minimum RM1,500 hanyalah melibatkan majikan sektor swasta dengan mempunyai lima pekerja dan ke atas.

“Tambahan pula , InsyaAllah dengan perlaksanaan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan memberikan manfaat hampir 9 juta dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion pada hujung bulan ini ” jelasnya lagi.

Beliau juga telah berkara bahawa BKM adalah merupakan bantuan yang ditambah baik berbanding dengan sebelum ini dengan meningkatkan jumlah bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan.

Leave a Comment