Jumlah Maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tahun 2024 Dinaikkan Sehingga RM3,700

Kongsi
Untitled 1

Pada baru – baru ini , kerajaan telah melaksanakan pembentangan bajet belanjawan 2024 yang dikendalikan oleh Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terdapat pelbagai jenis inisiatif bantuan kerajaan yang telah diumumkan untuk diberikan kepada rakyat Malaysia pada tahun depan.



Salah satu bantuan yang diumumkan seperti di atas ialah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan tersebut telah ditambah baik dengan kadar maksimum adalah sebanyak RM3,700.


Baca juga artikel :

PERINCIAN STR 2024

Seperti yang anda tahu , hari ini merupakan pembentangan bajet Belanjawan 2024 bagi peringkat persekutuan.

Jika kita lihat pada penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim , jumlah peruntukan STR bagi tahun 2024 ini telah dinaikkan kepada RM10 bilion berbanding pada tahun ini hanya memperuntukan sebanyak RM8 bilion sahaja.

JUMLAH BANTUAN STR

Untuk pengetahuan and semua , jumlah maksimum STR telah diumumkan di mana isi rumah yang layak akan terima sehingga RM3,700 termasuklah Sumbangan Asas Rahmah. Walaubagaimanapun , bayaran untuk setiap kategori belum diumumkan mungkin pada tahun depan kerajaan akan mengeluarkan jadual bayaran mengikut kategori yang layak.

Tambahan pula , kadar maksimum yang dinaikkan kepada RM3,700 ini bukan bermaksud semua kategori layak untuk terima dengan jumlah yang sama. Bayaran ini adalah berbeza iaitu dengan mengikut kategori masing – masing yang telah ditetapkan.

Dengan bantuan STR yang tekah ditambah baik ini kerajaan mengharapkan dapat mengurangkan serba sedikit beban rakyat dalam menjalani kehidupan seharian.

STR FASA 4

Memandangkan kita sudah mula memasuki akhir tahun ini , bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa 4 tidak lama lagi dilaksanakan dan merupakan bayaran yang terakhir bagi tahun ini. 

TARIKH BAYARAN FASA 4 2023

Berita baik untuk semua penerima STR , bayaran yang terkahir ini dijangkakan akan dilaksanakan pada bulan 
  • November 2023
Nota penting : Sebarang tarikh rasmi berkenaan bayaran STR Fasa 4 ini belum dikeluarkan lagi oleh kerajaan . Perkara ini hanya berpandukan daripada jadual yang telah dikelauarkan oleh pihak kewangan.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tarikh bayaran STR Fasa 4 , anda boleh terus layari laman web rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ sebagai rujukan anda.

Leave a Comment