Jumlah Bayaran Yang Akan Dikreditkan STR Bagi Fasa 3 ~ Semak Sekarang !

Kongsi

Semakan jumlah pembayaran yang akan dikreditkan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3. Seperti yang kita , kerajaan telah berjaya melaksanakan bayaran STR fasa 1 dan fasa 2 pada bulan Januari  serta April yang lepas.



Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga merupakan bantuan tahunan yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk diberikan kepada rakyat memerlukan dari segi syarat kelayakan serta kategori yang telah ditetapkan. Bantuan ini akan dilksanakan secara berfasa iaitu dengan melibatkan 4 fasa dalam tahun ini.

Baca juga : Semakan Status Pembayaran Wang KWSP Akaun 3

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Pada tahun lepas , kerajaan juga telah melaksanakan bantuan tahunan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Walaubagaimanapun , kerajaan masih teruskan lagi pada tahun ini dengan menambahbaikan dari segi kadar bayaran mengikut kategori yang ditetapkan.

Bantuan STR yang mula dilaksanakn melalui fasa 1 sehingga 4 ini akan lebih fokus kepada setiap isi rumah , bujang ataupun individu yang tiada pasangan yang terdiri daripada golongan miskin tegar , B40 serta M40.

KADAR BAYARAN FASA 3

Buat masa sekarang , tiada lagi sebarang kenyataan rasmi daripada kerajaan berkenaan jumlah bayaran STR bagi fas 3 . Hal ini demikian kerana masih terlalu awal untuk kerajan umumkan kadar bayaran ini.

Walaubagaimanapun , jika kita lihat pada pembayaran STR Fasa 3 tahun 2023 yang lepas bayaran maksimum adalah sehingga RM800 manakala jumlah minimum yang akan diberikan adalah sebanyak RM100 untuk kategori bujang.

Kami juga akan menjangkakan pembayaran STR Fasa 3 bagi tahun ini lebih tinggi berbanding dengan pembayaran pada sebelum ini ataupun pembayaran adalah sama.

TARIKH BAYARAN

Tarikh bayaran STR Fasa 3 bagi tahun 2023 dilaksanakan sebelum menyambut hari perayaan Aidiladha yang bertarikh pada 26 Jun 2023.

Pada tahun ini pula , kita masih tidak tahun bayaran ini akan dikreditkan sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha mahupun selepasnya. Tetapi , jika dilihat pada bayaran STR Fasa 3 tahun ini adalah pada bulan Jun.

CARA PEMBAYARAN

Berikut adalah merupakan cara – cara bayaran yang akan dilaksanakan seperti berikut :

  • Bayaran akan dilaksanakan secara dikreditkan ke dalam akaun penerima yang telah didaftarkan
  • Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank , bayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN)

PERMOHONAN BAHARU

Untuk permohonan baharu bagi STR Fasa 3 ini belum dibuka buat masa sekarang . Oleh itu , anda dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan maklumat – maklumat yang diumumkan oleh pihak kerajaan.

SEMAKAN STATUS STR

Sekiranya anda ingin membuat semakan status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh terus dibuat melalui portal rasmi yang disediakan di bawah .

Leave a Comment