Jenis Pengeluaran Penuh Simpanan Akaun 1 KWSP Yang Telah Dibenarkan ~ Semak Sekarang !

Kongsi

Untitled 2

Kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka yang terjejas serta memerlukan dengan memberi pelbagai bantuan kewangan secara berperingkat mahupun secara one-off oleh Kerajaan Malaysia. Pada tahun ini , bantuan yang membuatkan ramai ternanti – ternanti dengan pembayaran STR Fasa 2.


Selain itu , kerajaan juga telah bersetuju untuk KWSP membenarkan pencarum membuat pengeluaran wang dengan melalui pelbagai program – program yang diperkenalkan oleh KWSP seperti i-Sinar , i-Lestari , i-Sayang dan i- Citra. Semua ahli yang mempunyai simpanan yang cukup boleh membuat pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Sumpanan Pekerja (KWSP).

Bukan setakat itu , KWSP juga membenarkan pencarumnya untuk membuat pengeluaran penuh melalui akaun simpanan 1 dan 2 dengan mengikut syarat – syarat yang telah ditetapkan.

PEKERJA YANG SUDAH BERPENCEN

Untuk ahli yang sudah berpencen , mereka boleh membuat pengeluaran wang dengan penuh . Hal ini dikatskan kerana mereka sudah meletakkan jawatan di bawah mana undang – undang yang bertulis dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan dan lain – lain lagi.

MENINGGALKAN NEGARA

 Bagi ahli yang telah melepaskan taraf kewarganegaraannya dengan tujuan untuk berhijrah ke negara lain boleh membuat pengeluaran penuh mereka di simpanan akaun 1.

KEMATIAN

Sekiranya ahli tersebut berlakunya kematian , waris keluarga bagi ahli boleh membuat pengeluaran penuh simpanan si mati. Oleh itu , pihak KWSP menasihatkan agar untuk membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran selepas kematian.

AHLI BERUMUR 55 TAHUN

Ahli yang telah capai usia 55 tahun kini dibenarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membuat pengeluaran penuh simpanan mereka. Hal ini demikian kerana jika ahli yang sudah mencapai usia 55 tahun secara automatik Akaun simpanan 1 dan Akaun 2 akan digabungkan menjadi Akaun 55.

MENGALAMI HILANG UPAYA

Untuk Ahli yang mengalami hilang upaya ini boleh membuat pengeluaran penuh simpanan mereka setelah disahkan oleh pegawai perubatan. Tambahan pula , mereka ini bakal terima bantuan Hilang Upaya sebanyak RM5000 agr dapat meringankan beban mereka.

Sekiranya mereka telah menepati syarat – syarat yang diperlukan ini , anda boleh membuat permohonan pengeluaran wang simpanan secara penuh di atas talian melalui Sistem i-Akaun KWSP ataupun boleh pergi ke cawangan KWSP yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Leave a Comment