I-Saraan KWSP : Bantuan Sehingga RM500 Secara One – Off Bagi Penerima Yang Layak

Kongsi

I-Saraan KWSP : Bantuan Sehingga RM500 Secara One – Off Bagi Penerima Yang Layak. Untuk pengetahuan anda semua , selain daripada pengeluaran simpanan KWSP melalui akaun 1 , 2 dan 3 yang merupakan baru sahaja diperkenalkan. Terdapat juga sebuah simpanan akaun yang telah dibuka bagi pencarum yang berminat sahaja.

Berita baik untuk anda semua , Insentif i-Saraan KWSP ini juga adalah sehingga RM500 untuk setahun. Sila ikuti perkongsian di bawah mengenai bantuan i-Saraan KWSP lebih terperinci.

Baca juga : Pengeluaran Simpanan Akaun 3 KWSP Dibenarkan Kepada Pencarum Tahun 2024

I- Saraan KWSP

I – Saraan adalah merupakan salah satu inisaitf mencarum di bawah caruman secara sukarela setelah diperkenalkan oleh KWSP. Hal ini sudah tentu akan memberikan peluang kepada ahli yang bekerja sendiri tanpa mempunyai pendapatan tetap dalam sektor ekonomi gig.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk permohonan bantuan i-Saraan KWSP:

  • Warganegara Malaysia
  • Pencarum yang bekerja sendiri
  • Merupakan ahli KWSP
  • Berumur mestilah di bawah 60 tahun

Faedah i-Saraan KWSP

Pencarum yang layak akan terima insentif khas sehingga 15% daripada jumlah caruman maksimum RM500 dalam tahun semasa. Di samping itu , ahli tersebut juga layak untuk terima dividen tahunan atas dasar membuat simpanan persaraaan.

Bukan itu sahaja , bantuan kematian yang tertakluk kepada terma dan syarat serra pelepasan cukai berdasarkan syarat.

Cara Membuat Permohonan

Berikut perkongsian cara untuk membuat permohonan :

  • Permohonan boleh dilakukan melalui i-Akaun KWSP
  • Laman web KWSP
  • Self Service Terminal (SST)
  • Pejabat KWSP yang berhampiran dengan tempat tinggal

Had Caruman

Apa yang menarik melalui insentif ini salah satu daripadanya adalah tiada had minimum yang ditetapkan tetapi maksimum adalah sebanyak RM100,000 setahun bagi Caruman Sukarela termasuklah i-Saraan , i- Suri serta lain – lain lagi.