i-Saraan KWSP : Bantuan Sebanyak RM500 Akan Diberikan Secara One – Off

Kongsi

i-Saraan KWSP : Bantuan Sebanyak RM500 Akan Diberikan Secara One – Off. Untuk pengetahuan anda semua , selain daripada pengeluaran KWSP akaun 1 , 2 dan 3 yang dibenarkan terdapat juga sebuah simpanan yang telah dibuka untuk mereka yang ingin membuat simpanan.

Insentif i-Saraan KWSP yang diperkenalkan ini dengan kadar bantuan yang diberikan sebanyak RM500 untuk setahun. Sila ikuti perkongsian kami yang akan diterangkan di bawah ini mengenai i-Saraan KWSP.

Baca juga : Bantuan SARA RM600 Secara One – Off Akan Disalurkan Oktober 2024

i-Saraan KWSP

i-Saraan KWSP adalah merupakan salah satu inisiaitf yang boleh mencarum melalui caruman secara sukarela yang telah diperkenalkan oleh KWSP. Hal ini sudah pasti dapat memberikan peluang kepada ahli yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap serta pekerja yang dari sektor ekonomi gig juga layak terima insentif khas.

Syarat Kelayakan i-Saraan KWSP

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan i-Saraan KWSP yang telah ditetapkan :

  • Wargnegara Malaysia
  • Bekerja sendiri
  • Merupakan Ahli KWSP
  • Berumur mestilah di bawah 60 tahun

Faedah i-Saran KWSP

Bagi ahli yang telah membuat caruman akan terima insentif khas sehingga 15% daripada jumlah xaruman sehingga maksimum RM500 dabgi tahun semasa. Selain itu , yang lebih menariknya adalah ahli juga turut akan menerima dividen tahunan simpanan persaraan.

Di samping itu , bantuan kematian yang tertakluk kelada terma dan syarat serta pelepasan cukai berdasarkan syarat.

Cara Mendaftar i-Saraan KWSP

Berikut adalah cara – cara untuk mendaftar i-Saraan KWSP :

  • Boleh dibuat melalui i-Akaun KWSP
  • Laman web protam rasmi Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP)
  • Self Service Terminal (SST)
  • Pejabat KWSP yang berhampiran dengan tempat tinggal

Had Caruman

Makluman untuk semua ahli yang ingin mencarum , tiada had caruman tetapi maksimum adalah sebanyak RM100,000 setahun bagi caruman sukarela serta termasuklah i-Saraan KWSP.