I-Biaya : Mohon Rumah Mampu Milik Untuk Golongan B40 Bagi Tahun 2022

Kongsi
Untitled 3

Tahukah anda semua , Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPT) telah memperkenalkan insiaitif terbahadu untuk pembiayaan perumahan di Malaysia menerusi Home Ownership Programme (HOPE) iaitu Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) .


Inisiatif yang diperkenalkan ini dapat memberikan manfaat dalam memiliki rumah khususnya mereka yang teridiri daripada golongan B40 , M40 serta pekerja sektor yang tidak formal.

Inisiatif ini juga dapat membuat langkah dalam menyokojg sasaran penyediaan sebanyak 500,000 rumah mampu milik yang bakal menjelang pada tahun 2022.

Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :

TUJUAN I-BIAYA

Untuk pengetahuan anda semua , terdapat 3 tujuan utama inisiaitf yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) seperti :

  • Menyediakan jaminan kepada pembeli rumah yang pertama
  • Menyediakan khidmat nasihat / konsultasi / kaunseling dalam pengurusan kredit
  • MenyediakN pembiayaan bagi yang berhadapan dengan masalah akses kepada pembiayaan perumahan

SKIM PEMBIAYAAN YANG DISEDIAKAN

Berikut merupakan 3 skim pembiayaan yang telah ditawarkan melalui inisiaitf terbaharu ini :

1) Skim Rumah Pertamaku (SRP)

  • SRP adalah merupakan salah satu skim yang membantu pembeli rumah pertama dalam golongan M40 serta B40 agar memilik sebuah rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan

2) Skim Rent – To – Own (RTO)

  • Skim RTO ini juga adalah skim pemilikan perumahan berkonsepkan sewa beli dan terbuka kepada semua unit PR1MA yang sedia ada

3) Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

  • SKJP merupakan skim agar dapat membantu pembeli rumah pertama daripada golongan  tidak mempunyai pendapatan yang tetap mendapat pembiayaan perumahan

CARA MOHON

I. Permohonan Skim Rumah Pertamaku (SRP)

  • Pemohon digalkkan untuk mencari rumah idaman serta mereka harus mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/resit bayaran tempatam dan lain – lain
  • Anda juga boleh membuat semakan status kelayakan pembiayaan rumah melalui portal rasmi SRP di https://srp.com.my/bm/eligibility-criteria
  • Sediakan dokumen seperti slip gaji dan penyata
  • Seterusnya , anda boleh menghantar permohonan pembiayaan perumahan SRP ke cawangan bank-bank yang terlibat

II. Permohonan Skim Rent – To – Own (RTO)

  • Anda boleh membuat akaun di https://www.prima.my/
  • Kemduian , sila pilih unit OTP yang sedia ada untuk dikeluarkan
  • Pemohon mula membuat permohonan skim RTO bersama Maybank
  • Pihak Maybank akan menghubungi anda untuk memproses permohonan tersebut
  • Maybank akan mengeluarkan keputusan permohonan skim RTO kepada pemohon
  • Perjanjian akan disediakan untuk ditandatangani
  • Pemohon juga akan menandatanganj Perjanjian Jual Bsli (SPA) antara pemohon dan PR1MA dan perjanjian Skim RTO antara pemohon dan maybank
  • Pemohon akan menerima kunci rumah daripada PR1MA

III. Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

  • Bakl peminjam akan mengenal pasti untuk kediaman yang dikehendaki
  • Seterusnya , anda boleh buat permohonan serta serahkan dokumen berkaitan kepada institusi kewangan yang terlibat
  • Bank akan menilai dan menyemak permohonan peminjam dan akan hantar permohonan ke SKJP bagi jaminan perlindungan
  • SJKP akan menyemak permohonan serta menyediakan jaminan perlindungan (Jika memenuhi kriteria yang telah ditetapkan)
  • Intitusi kewangan akan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan SJKP
  • Peminjam juga akan menerima LO dan memiliki idaman mereka selepas institusi kewangan mengeluarkan pembiayaan

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai i-Biaya , anda boleh terus layair laman web portal rasmi di https://www.kpkt.gov.my/ .

Leave a Comment