Untuk pengetahuan anda semua , permohonan baharu bagi bantuan e-Wallet RM300 tahun 2024 kini dibuka kepada mereka yang bekerlayakan serta memerlukan. Kerajaan negeri juga telah bersetuju dengan meneruskan lagi bantuan e-Wallet RM300.
PERMOHONAN BAHARU
Bagi mereka yang tidak tahu mengenai bantuan ini , program skim bantuan yang berbentuk e-Wallet dengan kadar bayaran sebanyak RM300 kini dibuka semula. Melalui bantuan ini jumlah keseluruhan e-Wallet adalah sebanyak RM300 sebulan bersamaan dengan RM3,600 setahun.
Selain itu , salah satu bantuan e-Wallet RM300 ini diwarkan adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan bulanan di bawah RM5,000 untuk membuat permohonan tersebut. Bantuan khas e-Wallet RM300 ini juga akan memberikan manfaat kepada seramai 30,000 isi rumah yang menetap di negeri Selangor.
Antara salah satu tujuan utama bantuan e-Wallet ini diperkenalkan adalah untuk membantu isi rumah dengan memberikan bantuan keperluan asas serta pendidikan bagi sesebuah keluarga. Dengan bantuan ini diberikan dapat membantu serba sedikit untuk mengurangkan sedikit beban setiap isi rumah yang layak.
MANFAAT E-WALLET RM300
Berikut adalah manfaat bantuan e-Wallet RM300 untuk setiap penerima yang layak :
- Terima bantuan sebanyak RM300 untuk diguna pakai dalam membuat perbelanjaan barangan keperluan asas
- E-Wallet ini boleh digunakan melalui kedai mahupun pasaraya yang telah berdaftar
- Segala urusnisga pembelian ini akan dilakukan secara tanpa tunai (e-Wallet)
- Bantuan e-Wallet RM300 akan dikreditkan secara automatik bagi setiap bulan
- Penerima perlu menghabiskan sisa baki bulan yang lepas kerana baki yang ada tidak akan dibawa ke bulan seterusnya
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan seperti mana yang telah ditetapkan :
- Warganegara Malaysia
- Berpendapatan di bawah RM,5000 sebulan bagi setiap isi rumah
- Mempunyai tanggungan yang berumur 18 tahun dan ke bawah sekurangnya 2 orang
- Lahir di Selangor serta menetap dengan melebihi 10 tahun
- Pemilih berdaftar di Selangor
CARA MOHON
Khususnya bagi golongan yang berkelayakan dan berkeperluan digsljkan untuk membuat permohonan bantuan e-Wallet ini. Permohonan ini boleh dilakukan melalui aplikasi SELANGKAH ataupun dengan secara atas talian. Anda perlu layari laman web portal rasmi – BINGKAS 2024
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan e-Wallet RM300 ini , anda boleh rujuk portal rasmi yang disediakan di atas untuk mengetahui lebih lanjut. Selain itu , jika anda ingin mengetahui bantuan kerajaan yang disediakan bagi tahun 2024 anda boleh dapatkan DISINI.