PERINCIAN EGUMIS
Makluman anda semua , eGUMIS adalah merupakan salah satu sistem semakan yang berfungsi sebagai memberikan kemudahan dalam urusan transaksi dam semakan Wang Tak Dituntut (WTD) dengan secara atas talian.
Sistem ini juga dijangkakan pada awalnya mula beroperasi pada suku tahun kedua iaitu pada tahun 2018. Walaubagaimanapun , perkara ini telah ditangguhkan atas sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan. Tetapi bermula sahaja pada 1 Januari 2020 , eGUMIS ini boleh diakses sepenuhnya untuk membuat semakan Wang Tak Dituntut (WTD).
Maklumat tambahan untuk semua , semakan ini boleh dibuat dengan menggunakan nombor kad pengenalan (individu) ataupun menggunakan nombor pendaftaran syarikat.
Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :
- Bantuan Kewangan RM700 Untuk Golongan B40 Mulai April 2022
- Permohonan Rumah Mampu Milik 2022 B40 Telah Dibuka ~ Mohon Sekarang !
- Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Untuk Rakyat Malaysia Tahun 2022
Mungkin ada dikalangan anda yang tidak faham dengan Wang Tidak Dituntut (WTD) betul ? WTD ini adalah merupakan kepunyaan seseorang yang tidak dibayar dalam tempoh setahun. Jumlah tersebut adalah bergantung kepada akaun masing-masing seperti berikut :
- Simpanan tetap
- Dividen
- Gaji / Upah / Komisen / eGaji
- Deposit / Cagaran
- Keuntungan yang telah diisytiharkan
- Tuntutan insuran yang telah diluluskan
- Wang yang ada pada akaun tidak aktif selama 7 tahun (Akaun simpanan , Akaun semasa, Simpanan tetap)
Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD)
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) melalui laman web portal rasmi eGUMIS login .
- Anda perlu layari laman web portal rasmi di https://egumis.anm.gov.my/
- Seterusnya , daftar secara online serta masukkan nama penuh , nombor kad pengenalan dan emel yang terkini
- Anda boleh log masuk menggunakan kata lalu yang telah diberikan melalui emel
- Anda perlu menukar semula kata laluan
- Klik pada bahagian “Klik Sini Untuk Carian Wang Tidak Dituntut” bagi membuat semakan serta masukkan nombor kad pengenalan anda
- Sistem ini boleh dibuat semakan sebanyak 2 kali sehari sahaja
CARA MEMBUAT TUNTUTAN WANG TAK DITUNTUT (WTD) SECARA ONLINE
Di bawah kami akan terangkan cara – cara untuk membuat tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) dengan secara online :
- Anda perlu klik pada bahagian “Teruskan Dengan Permohonan”
- Seterusnya , Klik pada “Tambah Penerima” serta masukkan maklumat peribadi . Tekan “Simpan”
- Selanjutnya, pasrikan anda upload atau munat naik dokumen sokongan yang diperlukan pada bahagian “Mandatori”
- Klik pada kotak dan setuju dengan termat syarat. Anda boleh klik “Ya”
- Pembayaran akan diproses sekiranya dokumen telah “Disahkan”
Nota : Tempoh masa untuk pembayaran adalah mengambil masa serta duit akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah berdaftar.
CONTOH WANG YANG BERJSYA DITUNTUT UNTUK WTD
Pada masa kini , terdapat ramai dikalangan kita yang telah menggunakan sistem eGUMIS . Ada juga yang telah berjaya mendapat bayaran sebanyak RM13257 dan ada juga menerima bayaran sebanyak RM50 , RM100.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai cara untuk membuat semakan & tuntut wang yang tidak dituntut , anda boleh terus hubungi di talian hotline 03 – 2056 8052 & 03 – 2056 8053 .