Cara Mohon Rumah IKRAM 2022 Untuk Golongan B40 , Kadar Sewaan Serendah RM124 Sebulan

Kongsi
Untitled 1

Tahukah anda semua , kerajaan telah memperkenalkan salah satu inisiaitf kepada golongan yang masih belum memilik kediaman rumah sendiri . Perkara ini dimaksudkan adalah inisiaitf Program Perumahan Rumah IKRAM KPKT yanh merupakan insiaitif kediaman Rumah Keluarga Malaysia tahun 2022.


Jika anda berminat untuk membuat permohonan Rumah IKRAM , baca butiran di bawah mengenai panduan cara permohonan yang disediakan seperti di bawah.

Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami akan sediakan di bawah ini :

PERINCIAN RUMAH IKRAM KPKT

Program Rumah IKRAM merupakan salah satu hasil usaha dari pihak kerajaan dalam membantu menyediakan kediaman dengan selesa dan selamat khususnya bagi Keluarga Malaysia untuk tahun ini kepada mereka yang terkesan dengan sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Dalam sepanjang pandemik Covid-19 yang melanda di negara kita , terdapat faktor lain iaitu seperti rakyat yang kehilangan pendapatan , diberikan notis cuti tanpa gaji dan kehilangan pekerjaan.

OBJEKTIF PROGRAM RUMAH IKRAM

  • Memberikan perlindungan kediaman menerusi penyediaan kediaman yang selamat serta selesa untuk Keluarga Malaysia yang telah kehilangan tempat tinggal akibat pandemik Covid-19
  • Menyediakan kemudahan insiaitf menerusi sewaan percuma bagi selama 6 bulan pertama agar dapat mengurangkan beban kewangan yang telah ditanggung oleh Keluarga Malaysia

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan seperti :

  • Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
  • Pemohon dan pasangan yang berumur 18 tahun dan ke atas
  • Terbuka kepada golongan B40
  • Individu yang tidak mempunyai kediaman sendiri 
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan

CARA MOHON

Anda yang berminat serta memenuhi syarat kelayakan seperti yang diterangkan di atas , anda boleh membuat permohonan secara atas talian melalui pautan rasmi Rumah IKRAM KPKT https://teduh.kpkt.gov.my/scheme/rumah-ikram-keluarga-malaysia .

Anda perlu mengikut panduan yang diterangkan untuk permohonan di laman pautan rasmi serta dokumen – dokumen sokongan yang diperlukan untuk memudahkan proses permohonan.

KADAR SEWAAN BULANAN

Makluman anda semua , kadar sewaan bulnan Rumah IKRAM KPKT adalah seperti berikut :

  • Sewaan serendah RM124 untuk sebulan
  • Maksimum sewaan adalah selama 24 bulan / 2 tahun

SENARAI PROJEK RUMAH IKRAM KPKT

Kami akan kongsikan di bawah mengenai projek perumahan PPR Rumah IKRAM KPKT yang terlibat adalah seperti berikut :

  • PPR Kota Bharu – Kelantan
  • PPR Gua Musang – Kelantan
  • PPR Sinar Intan – Kedah
  • PPR Aman Jaya – Kedah
  • PPR Kota Setar – Kedah
  • PPR Lembah subang 2 – Selangor
  • PPR Sentul Murni – Kuala Lumpur
  • PPR Sungai Melana 2 – Johor

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonsn Rumah IKRAM KPKT , Anda boleh terus hubungi di talian Khas Jabatan Perumahan Negara di 03 8891 4475 ataupun emel ke alamat teduh@kpkt.gov.my .

Leave a Comment