Cara Membuat Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) STR Tahun 2023

Kongsi
Untitled 1

Untuk pengetahuan anda semua , selain daripada terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah diberikan oleh kerajaan , Skim Khairat Kematian ( SKK ) juga disediakan untuk wairs penerima STR bagi tahun 2023.



Tujuan skim itu disediakan adalah bertujuan untuk meringankan serba sedikit ahli keluarga yang menghadapi kematikan ketua keluarga , waris serta seumpamanya.


Skim Khairat Kematian ini ataupun panggilan nama ringkas SKK ini akan memberikan manfaat kepada waris penerima bagi tahun semasa jika penerima telah meninggal dunia pada tahun tersebut di mana bayaran STR dilaksanakan.

Baca juga artikel :

PENGENALAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) STR

SKK adalah merupakan salah satu skim yang telah disediakan oleh kerajaan di bawah insentif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) jika berlakunya sebarang kematian antara penerima dan pasangan STR untuk tahun 2023 ini.

Jika berlakunya kematian , waris yang layak tersebut boleh membuat tuntutan melalui SKK dengan berpandukan syarat – syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Perkara ini sama seperti pada tahun lepas dimana Bantuan Keluarga Malaysia juga menyediakan SKK BKM kepada waris yang layak.

KADAR TUNTUTAN

Mesti ada diklangan kita akan mengajukan soalan berkenaan jumlah tuntutan yang boleh dituntut oleh waris yang layak . Jumlah SKK yang akan diterima oleh pemohon , pasangan dan waris adalah sebanyak RM1000 untuk setiap individu.

SYARAT KELAYAKAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK)

Maklumat penting untuk waris yang ingin membuat tuntutan. Jika pemohon itu berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas dan Tiada Pasangan adalah terhad bagi pemohon ataupun pasangan yang berstatus warganegara Malaysia yang meninggal dunia dalam masa tempoh 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Di bawah kami akan kongsikan maklumat lebih terperinci mengenai kelayakan SKK

1200px INTEGRITI logo.svg

TARIKH TUNTUTAN

Berikut adalah merupakan tarikh tuntutan yang boleh dibuat oleh setiap waris layak :

1200px INTEGRITI logo.svg
1200px INTEGRITI logo.svg

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) STR ini boleh dibuat melalui mana – mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Semasa ingin membuat tuntutan setiap waris yang layak perlu menyediakan dokumen yang diperlukan agar dapat memudahkan urusan yang mengurus anda :

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMBUAT TUNTUTAN?

Tuntutan ini boleh dibuat kepada waris yang merupakan :
  1. Pemohon / pasangan berstatus warganegara Malaysia yang meninggal dunia
  2. Pasangan yang telah didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan) pada Borang Permohonan STR jika berlakunya kematian
  3. Waris yang telah didaftarkan oleh pemohon pada Bahagian D (Maklumat Waris) pada Borang BK-01 (Borang Permohonan STR 2023) Rujuk Soalan 2
Senarai waris yang layak membuat tuntutan setelah didaftarkan oleh pemohon :
  • Pasangan
  • Bapa
  • Ibu
  • Adik Beradik
  • Anak Kandung , Anak Tiri & Anak Angkat
  • Cucu

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan mengenai cara membuat tuntutan ataupun ingin lebih memahami lebih terperinci , anda boleh terus layari laman web portal rasmi MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ataupun anda boleh hubungi ;
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 /03 – 8882 4566
  • Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
Sumber : Laman Web Portal Rasmi My STR

Leave a Comment