Cara Membuat Permohonan Bantuan STR Tahun 2024

Kongsi
Untitled 4

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiaitf kerajaan untuk diberikan kepada rakyat yang kurang berkemampuan sekaligus dapat meringankan serba sedikit beban mereka dalam membuat perbelanjaan barangan dapur.



Seperrti yang sedia maklum , Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diteruskan pada tahun 2024 dengan melibatkan pembayaran secara berfasa.


PERMOHONAN STR 2024

Kerajaan telah memaklumkan bahawa permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 November 2023. Permohonan tersebut khas kepada mereka yang belum pernah membuat sebarang permohonan ataupun menerima sebarang bayaran daripada STR sebelum ini.

Bagi mereka yang sudah terima bayaran STR sebelum ini , permohonan tidak perlu dibuat hanya perlu membuat mengemaskini maklumat sekiranya terdapat ada perubahan.

KATEGORI YANG LAYAK MOHON

Berikut adalah merupakan senarai kategori yang layak untuk membuat permohonan STR :

  • Isi rumah yang berkahwin – Pendapatan RM5,000 Kebawah
  • Warga Emas Sebatang Kara – Pendapatan RM5,000 Ke Bawah
  • Individu Bujang Berumur 21 – 59 Tahun – Pendapatan RM2,500 Ke Bawah
  • Individu Bujang OKU Berumur 19 – 59 Tahun – Pendapatan RM2,500 Ke Bawah

CARA MOHON

Makluman untuk anda semua , permohonan inj boleh dilakukan melalui 2 kaedah iaitu 

1. Permohonan secara atas talian (online)
  • Layari laman web portal rasi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ataupun
  • Menerusi aplikasi STR di telefon pintar masing – masing yang terdapat pada Appatode atau Google Play Store
2. Permohonan secara manual di Pejabat LHDNM
  • Borang permohonan anda boleh dapatkan serta mengisi dengan lengkap. Anda boleh dapatkan borang permohonan (DISINI)
  • Seterusnya , anda perlu menghantar borang yang lengkap tersebut ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasj Bandar (UTC)

MAKLUMAT LNJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan STR baharu , anda boleh terus lagari laman web portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment