Cara Daftar I-Suri KWSP Sebanyak RM480 Bagi Setiap Tahun Kepada Suri Rumah

Kongsi

Add%2Ba%2Bheading%2B%252828%2529


 

Untuk pengetahuan bagi anda semua , pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat keputusan dalam membuat satu insentif i-Suri. Pendaftaran dalam caruman sukarela insentif i-suri yang boleh dibuat. bagi mereka yang layak juga boleh melakukan pendaftaran sebagai ahli KWSP dalam menyertai i-Suri dengan menghadiri diri di mana-mana 67 cawangan KWSP di negara ini. 


FAEDAH BAGI I-SURI KWSP

  • Bantuan kematian akan diberikan sebayak RM2,500
  • Dapat menerima dividen tahun KWSP 
  • Pencarum yang masih boleh membaut pengeluaran mengikut syarat-syarat yang ditetapkan
  • Bantuan hilang upaya 

SYARAT KELAYAKAN BAGI MEMBUAT PENDAFTARAN I-SURI 

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon yang belum capai umur 60 tahun 
  • Isteri adalah merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) 
  • Golongan yang suri rumah telah mendaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) pada setakat Disember 2019
  • Mencarum sekurang-kurangnya sebanyak RM5 bagi setiap bulan atau mencarum sebanyak RM60 untuk setahun dalam akaun KWSP

CARA MELAKUKAN PENDAFTARAN SKIM I-SURI

Bagi mereka yang telah membuat pendaftaran , perlu membawa dokumen yang diperlukan : 

  • Mykad 
  • Borang i-Suri  KWSP 16G (M) (Bagi pendaftaran untuk pertama kali sahaja)
  • Borang i-Suri  KWSP 6A (2) (Semasa membuat pendaftaran)

image

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut , anda boleh rujuk terus ke laman web rasmi  KWSP atau boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di nombor talian 03-8922 6000

Leave a Comment