Cara Buat Semakan Bantuan STR Terima Sehingga RM600 ~ Semak Sekarang !

Kongsi

Pengetahuan anda semua , pembayaran STR bagi Fasa 1 dan Fasa 2 2024 telahpun berjaya dilaksanakan dikreditkan kepada penerima yang layak masing – masing. Kerajaan juga telah menambah baik kadar bantuan STR iaitu RM100 hingga RM600 yang akan diberikan setiap bulan.

Baca juga : Bantuan Tambahan KWSP RM500 Kepada Yang Layak

BANTUAN TAMBAHAN SARA

Bantuan Tambahan STR adalah merupakan salah satu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan diberikan secara tanpa tunai menerusi Kad Pengenalan penerima agar dapat digunakan untuk membuat pembelian barangan dapur di Pasaraya yang telah didaftarkan.

PENERIMA BANTUAN BERASAL DARI SABAH , SARAWAK & LABUAN

Makluman untuk anda semua , bagi penerima yang berasal daripada negeri Sabah , Sarawak dan Labuan pula akan disalurkan dengan berbentuk wang tunai yang boleh ditebus melalui kaunter Bank Simpanan Nasional.

Jika kia lihat , perbezaan penerima yang berasal dari Semenanjung adalah disalurkan melalui kredit. Pembayaran ini akan dilaksanakan 2 kali dalam setahun serta jumlah bayaran akan diagihkan mengikut kategori yang telah ditetapkan.

I. Kategori Isi Rumah / Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM600 ( 19 Februari 2024 )
  • RM600 ( 12 Ogos )

II. Kategori Bujang

  • RM300 ( 19 Februari 2024 )
  • RM300 ( 12 Ogos 2024 )

SEMAKAN KELAYAKAN

Sebarang kelayakan ini adalah merujuk kepada status kategori miskin serta miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih iaitu rujukan kementerian dan agensi.

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan , anda boleh terus layari laman web portal rasmi MyKasih di https://mykasih.com.my/ .

Leave a Comment