Bayaran STR Fasa 4 Mula Disalurkan 7 November 2024 Secara Berperingkat

Kongsi

Bayaran STR Fasa 4 Mula Disalurkan 7 November 2024 Secara Berperingkat. Mungkin ada di kalangan kita yang sudah tertunggu – tunggu dengan pembayaran terakhir STR Fasa 4. Walaubagaimanapun , di jadual pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sudah tertulis di mana bayaran akhir tersebut akan disalurkan pada bulan November.

Sila ikuti perkongisan di bawah ini lebih terperinci mengenai tarikh pembayaran , panduan & maklumat mengenai kategori yang layaj terima bayaran serta jumlah yang akan diberikan melalui bayaran STR Fasa 4 ini.

Baca juga : STR Fasa 4 : Jadual Penuh Tarikh Pembayaran Akhir Bagi Tahun 2024

Perincian Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah ataupun dikenali sebagai STR adalah merupakan salah satu inisiaitf di bawah konsep Payung Rahmah dengan tujuan utama adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini juga adalah masuk tahun kedua di mana kerajaan telah bersetuju meneruskan lagi bagi edisi kedua dengan penambah baikan dari segi kadar pembayaran mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Hal ini terbukti melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang berbentuk bantuan bulanan untuk diberikan khsus kepada mereka yang terdiri daripada golongan miskin , miskin tegar B40 dan M40. Secara tidak langsung dengan pemberian bantuan ini dapat mengurangkan sedikit beban mereka untuk membuat perbelanjaan barangan dapur.

Cara Bayaran STR Fasa 4

Untuk pengetahuan anda semua , terdapat dua cara pembayaran yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk diberikan kepada setiap penerima yang layak :

  • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima
  • Boleh tebus wang melalui kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan tempat tinggal

Sebelum anda menerima apa – apa pembayaran daripada kerajaan , pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ sebelum hadir ke kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Berita baik untuk semua penerima STR yang layak , tarikh bayaran STR Fasa 4 telahpun diumumkan oleh Perdana Menteri , Dato Seri Anwar Ibrahim melalui pembentangan Belanjawan 2025 secara langsung pad semalam.

Berikut adalah merupakan jadual bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : 29 Ogos 2024
  • Fasa 4 : 7 November 2024
image
Bayaran STR Fasa 4 Mula Disalurkan 7 November 2024 Secara Berperingkat 3

Jumlah Bayaran STR Fasa 4 Mengikut Kategori

Berikut adalah merupakan jumlah bayaran yang akan dikreditkan mengikut kategori yang telah ditetapkan :

I. Isi Rumah B40 ( Berpendapatan >RM2,500)

  • 0 anak : RM200
  • 1 > 2 anak : RM350
  • 3 > 4 anak : RM500
  • 5 & ke atas anak : RM700

II. Isi Rumah M40 (Berpendapatan Antara RM2,501 – RM5,001)

  • 0 anak : RM150
  • 1 > 2 anak : RM200
  • 3 > 4 anak : RM250
  • 5 & ke atas anak : RM350

III. Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM150

IV. Bujang 21 Hingga 59 Tahun

  • RM100

Tarikh Bayaran Secara Tunai Melalui Kaunter BSN

Peringatan mesra buat semua penerima sedia ada yang tidak mempunyai akaun bank kerana bantuan tersebut boleh ditebus melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 7 November 2024.

Cara Membuat Semakan Status Bayaran STR Fasa 4

Terdapat langkah – langkah yang akan diterangkan di bawah mengenai cara untuk membuat semakan status bayaran STR Fasa 4 :

  • Klik log masuk MySTR
  • Pastikan anda masukkan nombor Mykad pemohon
  • Seterusnya , pengesahan kata kunci keselamatan
  • Maklumat yang akan dipaparkan : ( Nama pemohon , No MyKad pemohon , Status permohonan & Maklumat bayaran Fasa 1 “Jika Layak” )
  • Klik pada bahagian menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Masukkan kata laluan

Terlupa Kata Laluan STR ?

Seperti yang dimaklumankan bahawa maklumat asal BKM telah tersedia dalam akaun MySTR .Oleh itu , anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam portal BKM dahulu. Hal ini dikatakan kerana , untuk log masuk MySTR ini memerlukan no Mykad serta kata laluan yang telah didaftarkan.

  1. Sila layari laman web portal rasmi STR
  2. Klik pada bahagian “Terlupa Kata Laluan”
  3. Masukkan anda punya no kad pengenalan dan klik “semak”
  4. Seterusnya , anda perlu masukkan emel yang didaftarkan & klik “seterusnya:
  5. Anda akan terima notifikasi penukaran ID pemohon telah berjaya

Note : Jika anda terlupa kata laluan yang didaftarkan serta gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali) secara automatik ID MySTR anda akan disekat dan dibenarkan membuat semula selepas dalam tempoh masa 24 Jam.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tarikh bayaran STR Fasa 4 ini , anda boleh terus rujuk melalui laman web portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ataupun boleh hubungi di talian hotline STR LHDNM .