Bayaran STR Fasa 3 : Bantuan Akan Dikreditkan Secara Berperingkat Pada Bulan Ini

Kongsi

Seperti yang kita tahu , bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa 3 akan disalurkan pada bulan ini dengan secara berperingkat. Bantuan inisiaitf yang berbentuk kewangan ini juga akan melibatkan peruntukan dana yang besar bagi tahun 2024.

BAYARAN STR FASA 3

Sudah pasti , ramai dikalangan penerima yang layak menantikan bayaran STR Fasa 3 tersebut. Menerusi kenyataan daripada Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan pada bulan ini.

Antara kategori penerima yang terlibat dengan bantuan ini adalah terdiri daripada isi rumah golongan B40 dan M40 , bujang dan warga emas yang tidak mempunyai pasangan. Selain itu , kadar bayaran adalah berbeza kerana kerajaan telah menetapkan bahawa jumlah bayaran akan mengikut setiap kategori dan bilangan anak.

Perlaksanaan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini merupakan salah satu bantuan tahunan yang menggantikan bantuan kewangan yang dahulu seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) , Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Tambahan pula , program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan lagi bagi tahun kedua ini setelas kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan lagi bagi tahun ini.

Baca juga : MyKasih 2024 : Bantuan Sehingga RM1,200 Untuk Penerima STR Yang Layak

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh kerajaan, tarikh bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 3 akan dikreditkan pada bulan Ogos 2024 dengan secara berperingkat. Tarikh rasmi ini akan diumumkan oleh pihak kerajaan dalam masa yang terdekat.

Mungkin ada di kalangan kita yang terlepas pandang ataupun masih tidak mengetahui mengenai jadual penuh bayaran STR 2024 :

  • STR Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • STR Fasa 2 : 3 April 2024
  • STR Fasa 3 : Ogos 2024 (Tarikh rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat)
  • STR Fasa 4 : November 2024

SEMAKAN STATUS & DAFTAR BAHARU

Dalam tahun ini , kerajaan telah membuka portal untuk mereka yang ingin membuat permohonan baharu , kemaskini maklumat serta semakan status bagi bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Sebarang daftar baharu ataupun semakan status ini anda boleh rujuk portal rasmi STR 2024.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bayaran STR Fasa 3 ini, anda boleh rujuk di atas untuk bagi mengetahui lebih lanjut. Pelbagai jenis bantuan yang kerajaan sediakan sepanjang tahun ini , sila lihat senarai bantuan yang dilaksanakan pada tahun ini ‘SEMAK DISINI’.