Bayaran Bantuan STR Fasa 4 Telah Mula Dikreditkan Dengan Secara Berperingkat

Kongsi
Untitled 1

Berita baik untuk semua khususnya bagi penerima STR , kerajaan telah memulakan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 pada hari ini iaitu 7 November 2023.



Bantuan STR adalah merupakan salah satu bantuan tahunan yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti bantuan – bantuan sebelum ini. Tujuan utama inisiatif dilaksanakan adakah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.


Tambahan pula , kerajaan juga bersetuju untuk menambah baik STR dengan menyediakan bantuan tambahan sebanyak RM600.

Seperti yang kita lihat , kerajaan telah berjaya melaksanakan bayaran STR bagi Fasa 1 yang dilaksanakan pada bulan Januari , fasa  2 pada bulan april manakala fasa 3 dilaksanakan pada bulan jun 2023.

TARIKH BAYARAN

Melalui kenyataan rasmi Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim , bayaran STR Fasa 4 yang merupakan bayaran terakhir mula dikreditkan pada 7 November 2023 dengan secara berpeeingkat.

Bayaran STR akan terus dikreditkan ke dalam akaun penerima masing – masing. Sebaliknya , bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank ataupun status bank mereka tidak aktif bayaran tersebut boleh ditebus melalui kaunter di Bank Simpan Nasional (BSN) yang berdekatan dengan tempat tinggal.

photo 2023 11 06 21 13 28

JADUAL & JUMLAH BAYARAN STR FASA 4

Berikut merupakan jadual bayaran STR bagi fasa 4 mengikut kategori – kategori yang telah ditetapkan :

1) Pendapatan Isi Rumah Di Bawah RM2,500
  • Tiada anak : RM200
  • 1 – 2 anak : RM600
  • 3 – 4 : RM900
  • >  5 : RM1200
2) Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
  • Tiada anak : RM0
  • 1 – 2 anak : RM0
  • 3 – 4 anak : RM300
  • > 5 : RM500
3) Warga Emas Sebatang Kara ( 69 Tahun & Ke Atas)
  • RM200
4) Bujang (21 – 59 tahun)
  • RM0
5) Bujang OKU (19-59 tahun)
  • RM0

SEMAKAN STATUS

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pertanyaan mengenai pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 anda boleh terus layari laman web portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ataupun hubungi di talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Leave a Comment