Berita baik untuk anda semua , pembayaran bantuan SARA 2024 mula dikreditkan hari ini. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM1,200 untuk rakyat Malaysia. Bantuan berjumlah RM1,200 ini juga akan disalurkan melalui MyKad bagi penerima yang layak.
Bagi SARA 2024 pula terdapat juga sedikit penambahan kadar bantuan jika dibandingkan pada tahun sebelum ini. Sila rujuk maklumat lebih terperinci yang akan diterangkan di bawah ini.
Baca juga : Permohonan Baharu Bantuan STR 2025 Kini Dibuka
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengugumkan bahawa bantuan SARA ini akan diteruskan lagi bagi edisi 2024 seperti dinyatakan semasa pembentangan bajet Belanjawan 2024 yang telah diadakan pada bulan Oktober tahun lepas.
Di samping itu , jumlah bantuan juga telah ditambah baik daripada RM600 kepada RM1,200 untuk setiap penerima yang layak.
Cara Penebusan
Program ini juga akan menawarkan kepada setiap penerima yang layak terima bayaran sehingga RM1,200 yang akan dibayar RM100 untuk setiap bulan. Sudah pasti penerima yang layak akan terima bayaran RM100 untuk setiap bulan.
Nama dan nombor Mykad penerima yang layak telah direkodkan dan boleh menggunakan secara tanpa tunai mellaui MyKad dengan pasaraya yang telah disenaraikan mengikut negeri masing – masing.
Bantuan STR Tambahan
Berikut adalah merupakan jumlah bantuan yang akan diberikan mengikut tanggungan / anak bagi setiap isi rumah yang layak :
- Tiada anak : RM1,200
- 1 – 2 anak : RM1,200
- 3 – 4 anak : RM1,200
- 5 anak dan ke atas : RM1,200
Syarat Kelayakan SARA
Bantuan ini sama seperti dengan SARA 2023 di mana bukan semua penerima isi rumah STR 2024 yang layak terima bantuan tersebut. Berikut adalah merupakan senarai kategori yang layak untuk terima bantuan SARA,
- Merupakan kategori isi rumah miskin tegar
- Pendapatan bulanan adalah di bawah RM1,169 dan ke bawah
- Merupakan STR 2023
- Tiada had umur yang ditetapkan
Sekiranya anda merupakan golongan miskin tegar dan telah membuat pendaftaran e-Kasih , anda layak untuk terima bantuan yang disediakan di atas.
Tarikh Bayaran
Pembayaran bagi bulan Oktober ini telah pun bermula bagi setiap penerima yang layak. Manakala , bayaran bagi bulan November 2024 ini telah mula dikreditkan bermula pada awal bulan.
Di samping itu , penerima SARA yang menetap di negeri Sabah dan Sarawak pula masing – masing telah terima bayaran pada bulan Februari dan pertengahan bulan Ogos yang lepas.