Bantuan Tambahan KWSP RM500 Kepada Pencarum Yang Layak

Kongsi

Bantuan tambahan KWSP sebanyak RM500 akan diberikan kepada rakyat yang layak sahaja. Semak kelayakan ini boleh dilakukan melalui laman web portal rasmi KWSP. Bantuan tambahan RM500 ini kan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun 1 bagi mereka yang layak.

Perdana menteri juga telah mengugumkan bahawa sebuah bantuan kewangan melalui KWSP yang merupakan simpanan tambahan RM500 untuk pencarum KWSP.

Tambahan pula , perkara itu juga telahpun diumumkan menerusi pembentangan bajet belanjawan yang telah diadakan pasa bulan Februari yang lepas. Caruman tambahan kerajaan yang melibatkan wang sebanyak RM708 juta kepada ahli KWSP yang berumur antara 40 hingga 50 tahun.

Baca juga : Bantuan Kewangan Tambahan STR Berbaki RM800 ~ Semak Sekarang !

BANTUAN TAMBAHAN KWSP

Semasa pembentangan bajet Belanjawan , pihak kerajaan juga telah bersetuju untuk memberi caruman tambahan bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 ke dalam Akaun 1 pencarum.

Walaubagaimanapun , bukan semuanya pencarum yang layak untuk terima bantuan tambahan tersebut. Oleh itu , anda dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan seperti keterangan di bawah.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan bagi mereka yang layak untuk terima bantuan tambahan KWSP tersebut :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 40 hingga 54 tahun
  • Simpanan KWSP mestilah di bawah RM10,000

SIMPANAN HARI TUA

Untuk pengetahuan anda semua , Bantuan Tambahan RM500 ini adalah merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membina semula simpanan mereka agar dapat membuat simpanan yang mencukupi untuk membiayai diri mereka semasa mencapai hari persaraan.

Dalam masa yang sama , Perdana Menteri juga berkata kerajaan turut berharap agar rakyat dapat mempunyai simpanan yang cukup serta terus membuat simpanan agar dapat memberikan manfaat kepada semua lapisan pencarum.

TARIKH BAYARAN

Terdapat 1.4 juta ahli KWSP yang bakal terima bantuan simpanan RM500 yang akan diberikan secara one-off Caruman Tambahan Kerajaan untuk yang bertujuan dapat meningkatkan keselamatan kewangan.

Insentif kewangan mula dikreditkan ke dalam akaun pencarum masing – masing bagi yang layak. Anda boleh juga membuat semakan pembayaran melalui i-Akaun yang telah berdaftar.Jika anda layak untuk terima bantuan tambahan , anda akan terima transaksi Penambahan Caruman ke dalam Akaun 1 dengan kadar bayaran sebanyak RM500.

Leave a Comment