Seperti yang kita tahu , Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa 3 telahpun selesai dikreditkan pada 29 Ogos 2024 iaitu pada hari Khamis bagi penerima sedia ada. Manakala , bagi permohonan baharu dan rayuan pula masing – masing terima bayaran pada 18 September 2024 baru – baru ini.
Hal ini dikatakan demikian kerana perkara tersebut telahpun diumumkan oleh Kementerian Kewangan melalui siaran media. Kini sudah tiba masannya pembayaran STR Fasa 4 yang akan menjadikan penerima tertunggu – tunggu dengan bayaran tersebut. Persoalannya bilakah bayaran STR Fasa 3 akan dilaksanakan ?.
Untuk makluman anda semua khususnya bagi penerima STR yang layak, STR Fasa 4 dikreditkan sebelum menyambut perayaan Deepavali pada November tahun 2023 yang lepas.
Sebarang perkongsian lebih lanjut mengenai bayaran STR Fasa 4 mengikut kategori kelayakan serta jumkah bayaran yang telah ditetapkan sila ikuti perincian lebih mendalam di bawah ini.
Baca juga : Bantuan Bujang RM50 Untuk Golongan B40 & M40 ~ Semak Sekarang !
Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Dalam usaha kerajaan untuk membantu rakyat khususnya mereka yang terdiri daripada golongan B40 , kerajaan Malaysia akan memulakan inisiaitf Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Menerusi pembentangan bajet belanjawan 2024 , kerajaan telah bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak 20% daripada RM1.26 bilion tahun lepas kepada RM1.5 bilion bagi tahun ini dan secara tidak langsung penambah baikan ini kentara dari segi jumlah peruntukan yang disediakan.
Melalui program bantuan ini juga dijangkakan akan memanfaatkan 8.4 juta rakyat Malaysia untuk penerima yang layak sahaja dengan kadar bayaran yang akan diberikan antara RM100 hingga RM650 dengan berdasarkan kelayakan yang ditetapkan.
Apakah Maksud Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ?
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan salah satu sebuah inisiatif bantuan tunai yang akan diberikan untuk rakyat Malaysia dengan lebih memfokuskan kepada kategori isi rumah B40 , M40 , warga emas tiada pasangan dan bujang.
Tarikh Pembayaran STR Fasa 4
Berita baik untuk penerima sedia ada , tarikh bayaran bantuan STR Fasa 4 mula dikreditkan pada bulan November 2024. Hal ini terbukti setelah kerajaan telah umumkan melalui kenyataan rasmi tarikh bayaran setiap fasa bagi STR tahun ini.
- STR Fasa 1 : 29 Januari 2024
- STR Fasa 2 : 3 April 2024
- STR Fasa 3 : 29 Ogos 2024 (Terkini)
- STR Fasa 4 : November 2024
Berikut adalah merupakan jadual pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 yang akan disalurkan pada bulan November 2024 nanti.
- Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan mula disalurkan pada bulan November 2024 dengan secara berperingkat
- Bayaran ini adalah sama seperti fasa 1 , fasa 2 dan fasa 3 di mana hari pengkreditan tersebut akan terus dibayar ke dalam akaun penerima yang layak
- Bagi penerima sedia ada yang tidak mempunyai akaun bank ataupun akaun bank tidak aktif , anda boleh tebus bantuan tersebut melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan dengan tempat tinggal
Cara Login MySTR & Membuat Semakan Status Kelayakan
Berikut adalah merupakan cara untuk membuat login MySTR dan semakan status dengan mudah seperti :
- Layari portal rasmi MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan nombor kad pengenalan dan log masuk
- Pastikan tekan butang “semak” serta sahkan verifikasi
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan
- Pada menu utama yang dipaparkan , sila tekan pada bahagian “Semakan Permohonan”
- Status permohonan tersebut akan dipaparkan dengan jelas
Jumlah Bayaran Bantuan STR Fasa 4
Berikut dikongsikan jumlah bayaran yang akan disalurkan kepada setiap penerima yang layak berdasarkan kategori kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan :
I. Isi Rumah B40
- Tiada anak : RM200
- 1 > 2 anak : RM350
- 3 > 4 anak : RM500
- 5 atau lebih anak : RM700
II. Isi Rumah M40
- Tiada anak : RM150
- 1 > 2 anak : RM200
- 3 > 4 anak : RM250
- 5 atau lebih : RM350
III. Warga Emas Tiada Pasangan
- RM150
IV. Bujang Berumur 21 – 59 Tahun
- RM100
Peringatan rasmi , Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu siaran mendia menasihatkan agar orang ramai sentiasa berwaspada dengan cubaan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memperdaya anda melalui talian palsu STR.