Bantuan STR Fasa 3 Sebanyak RM100 Untuk Golongan Bujang Tahun 2024

Kongsi

Pengetahuan untuk anda semua , terdapat sebuah bantuan kewangan daripada kerajaan untuk diberikan kepada golongan bujang sebanyak RM100 melalui bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 3. Selain itu , kerajaan juga telah menyediakan pelbagai insenitf khas untuk penerima yang layak mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Bantuan ini juga melibatkan mahasiswa IPT , e- Madani sert Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Oleh itu , sekiranya anda termasuk dalam golongan bujang layak untuk terima insentif daripada kerajaan ini.

Baca juga : Cara Semak Bantuan Kewangan Sehingga RM600

PERINCIAN STR

Jika kita lihat pada jumlah bayaran yang diberikan ini adalah tidak besar apabila dibandingkan dengan kategori isi rumah yang mempunyai anak.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mempunyai empat fasa yang akan dilaksanakan dalam setahun , Seperti yang kita lihat , dua fasa telahpun selesai diselesaikan manakala berbaki dua fasa sahala lagi yang dijangkakan akan selesai pada separuh tahun ini.

BANTUAN RM100 BUJANG

Makluman penting untuk anda semua , jumlah keseluruhannya untuk kategori bujang adalah sebanyak RM350 melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Pada fasa 2 yang lepas , bayaran untuk golongan bujang adalah sebanyak RM200 . Manakal bagi fasa seterusnya akan dibayar sebanyak RM100 juga.

TARIKH PEMBAYARAN

Buat masa sekarang tiada sebarang informasi rasmi yang diumumkan oleh kerajaan berkenaan tarikh pembayaran. Tetapi disebabkan perayaan Hari Raya Aidiladha disambut pada bulan Jun 2024 ini. STR Fasa 3 tahun lalu telah dibayad sebelum menyambut perayaan tersebut.

CARA PEMBAYARAN

Apabila kita lihat sebelum ini , selalunya pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diberikan awal kepada pemegang akaun BSN dan diikuti dengan pemegang kad bank yang lain – lain.

Pembayaran ini akan melalui dikreditkan ke dalam akaun bank penerima masing – masing . Manakal bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank , boleh terus ke kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN ) bagi membuat tuntutan bantuan daripada kerajaan.

PERUBAHAN MAKLUMAT

Sekiranya terdapat beberapa perubahan maklumat seperti nombor akaun bank , penambahan ahli keluarga dan lain – lain lagi boleh terus hadir ke LHDN.

Leave a Comment