Bantuan STR Fasa 3 Mula Disalurkan Hari Ini ~ Semak Sekarang !

Kongsi

TERKINI : Bantuan STR Fasa 3 mula disalurkan hari ini setelah diumumkan oleh pihak kerajaan baru – baru ini di mana pembayaran akan dikreditkan pada 29 Ogos 2024 ke dalam akaun bank penerima masing – masing dengan secara berperingkat.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan salah satu bantuan tahunan yang disediakan oleh kerajaan untuk diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah bagi berkelayakan serta memerlukan dalam mendepani cabaran kos sara hidup pada masa sekarang.

Baca juga : Bantuan Tunai RM600 Secara One – Off Dikreditkan Bulan Ini ~ Semak Sekarang !

JUMLAH BAYARAN STR 2024

Berikut adalah merupakan perkongsian jumlah bayaran STR 2024 :

I. Isi Rumah (Pendapatan <RM2,500)

  • Tiada Anak : RM150
  • 1-2 Anak : RM300
  • 3-4 Anak : RM450
  • >5 Anak : RM650

II. Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000)

  • Tiada Anak : RM150
  • 1-2 Anak : RM200
  • 3-4 Anak : RM250
  • > 5 Anak : RM300

III. Warga Emas Tiada Pasangan Berumur > 60 Tahun

  • RM150

IV. Bujang (Pendapatan RM2,500) Berumur > 21 – 59 Tahun

  • RM50

JADUAL BAYARAN STR FASA 3 MENGIKUT BANK

  • BSN – Selepas 6:00 Petang
  • Cimb – Selepas 9:00 Malam
  • MAYBANK – Selepas 10:00 Malam
  • BANK RAKYAT – Selepas 8:00 Malam
  • RHB BANK – Selepas 9:00 Malam
  • BANK ISLAM – Selepas 9:00 Malam
  • AFFIN BANK – Selepas 8:00 Malam
  • AGRO BANK – Selepas 8:00 Malam

TARIKH BAYARAN

Berita baik untuk anda semua , tarikh bayaran telah diumumkan secara rasminya oleh kerajaan di mana pembayaran bantuan STR Fasa 3 akan dikreditkan mulai 29 Ogos 2024 dengan secara berperingkat.

SEMAKAN STATUS STR FASA 3

Jika and ingin membuat semakan status permohonan STR Fasa 3 2024 ini boleh terus dibuat melalui portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS

Terdapat beberapa langkah untuk membuat semakan status ini yang akan diterangkan di bawah :

  • Sila klik pada log masuk MySTR
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Pengesahan kata kunci keslamatan
  • Seterusnya , masukkan kata laluan yang didaftar
  • Klik pada bahagian semakan status
  • Maklumat akan dipaparkan termasuk Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran (JIKA ADA)

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bayaran STR Fasa 3, anda boleh terus layari portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ataupun boleh hubungi di talian hotline 1-800-88-2747.

Sila Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/MalaysiaKinii