Bantuan STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Tidak Lama Lagi

Kongsi

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 RM300 Disalurkan Pada Bulan Ogos. Bayaran bagi STR fasa 1 dan fasa 2 telah selesai disalurkan pada bulan Januari dan April yang lepas. Pada baru – baru ini ramai yang menganggap STR Fasa 3 dikreditkan sebelum menyambut hari raya Aidiladha.

Untuk pengetahuan anda semua , bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan bantuan tahunan yang disediakan oleh kerajaan melalui pembentangan bajet Belanjawan. Selain itu , bantuan in iakan dilaksanakan secara berperingat iaitu dengan mempunyai empat fasa.

Baca juga : Bantuan Tambahan SKK RM1000 Bagi Penerima STR Tahun 2024

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Seperti yang kita lihat , bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini masih diteruskan lagi bagi tahun kedua selepas diumumkan oleh kerajaan dengan menambah baik dari segi kadar bayaran seperti penambahan bantuan asas sehingga RM600 yang dikenali sebagai SARA.

Bantuan Sumbagan Tunai Rahmah (STR) pada kali ini lebih memfokuskan kepada setiap isi rumah , bujang ataupun individu yang tidak mempunyai pasangan khususnya terdiri daripada golongan miskin tegar , B40 dan M40.

BANTUAN STR FASA 3

Setelah bayaran STR fasa 2 yang selesai disalurkan pada bulan April yang lalu sudah pasti sebahagian wang bantuan yang diberikan itu akan diguna pakai untuk membuat persiapan sempena menjelangnya hari raya Aidilfitri.

KADAR BAYARAN

Buat masa sekarang ini , kerajaan masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kadar bayaran STR Fasa 3 kerana masih terlalu awal lagi untuk diumumkan.

Walaubagaiamanpun , apabila kita lihat pembayaran fasa 3 bagi tahun 2023 pula bantuan yang tertinggi disalurkan adalah sebanyak RM800 dan paling rendah sebanyak RM100 untuk golongan bujang.

JADUAL PEMBAYARAN

Bagi tahun ini , hanya berbaki dua fasa sahaja lagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk disalurkan kepada penerima yang layak sebelum menutup tahun 2024. Manakala bagi STR Fasa 1 dan 2 masing – masing telah dikreditkan pada Januari dan April yang lepas.

Tarikh bayaran STR fasa 3 telahpun diumumkan oleh kerajaan bahawa bayaran ini akan dikreditkan bulan Ogos ini. Diharapkan untuk semua penerima STR untuk bersabar dengan bayaran ini.bayaran fasa 4 pula dijangkakan akan disalurkan pada hujung tahun ini dan menjadikan sebagai penutup bantuan Sumbagan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024.

KAEDAH BAYARAN

Pembayaran ini akan dilaksanakan dengan dua cara iaitu

  • Terus dikreditkan ke dalam akaun bank penerima
  • Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank , akan terima bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

SEMAKAN STATUS

Sekiranya anda ingin membuat semakan status , boleh terus layari portal rasmi Sumbagan Tunai Rahmah (STR) tahun 2024 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.