Bantuan STR Bujang RM350 : Semakan Status & Tarikh Pembayaran

Kongsi

Bantuan STR untuk golongan bujang ini akan diberikan kepada mereka yang memenuhi kriteria yang diperlukan bagi mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas. Apabila kita lihat pada masa sekarang , bayaran bagi fasa 1 dan fasa 2 masing – masing telah disalurkan pada bulan Januari dan April yang lalu.

Seperti yang kita tahu , program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan salah satu bantuan tahunan yang disediakan oleh kerajaan untuk diberikan kepada mereka yang berpendapatan rendah. Bantun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga diteruskan bagi tahun ini dan menjadikan tahun kedua setelah diumumkan oleh kerajaan.

Baca juga : Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

BANTUAN STR BUJANG

Makluman untuk anda semua , Kementerian Kewangan telah mengugumkan bahawa perlaksanaan pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun ini mula disalurkan dengan secara berperingkat di mana fasa 1 dan fasa 2 telah selesai dikreditkan.

JUMLAH BANTUAN

Berikut adalah merupakan jumlah bantuan yang akan disalurkan kepada penerima bagi kategori bujang :

I. Kategori bujang (Berpendapatan di bawah RM2,500 dan ke bawah)

  • RM350

II. Kategori warga emas

  • RM600

TARIKH BAYARAN

Berita baik untuk semua penerima STR , kerajaan telah mengugumkan bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 3 ini akan disalurkan pada bulan Ogos 2024. Sebarang tarikh rasmi yang akan diumumkan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

JADUAL BAYARAN

Berikut merupakan jadual bayaran melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2024 :

  • Bayaran STR Fasa 1 – Januari 2024
  • Bayaran STR Fasa 2 – April 2024
  • Bayaran STR Fasa 3 – Ogos 2024 (tarikh rasmi belum diumumkan)
  • Bayaran STR Fasa 4 – November (tarikh rasmi akan diumumkan)

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS

  • Layari portal rasmi MySTR untuk log masuk
  • Pastikan masukkan nombor kad pengenalan pemohon
  • Pengesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan yang didaftarkan
  • Klik pada bahagian SEMAKAN PERMOHONAN

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan STR bujang RM350 ini , anda boleh terus layari portal rasmi untuk rujukan lebih lanjut https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .