Bantuan SARA RM1200 : Kategori Penerima & Syarat Kelayakan

Kongsi

Kerajaan telah melaksanakan bayaran STR bagi fasa 1 dan 2 pada awal tahun , Dalam masa yang sama kerajaan juga telah bersetuju untuk menambah baik dengan meningkatkan jumlah bayaran kepada penerima STR melalui bantuan tambahan sehingga RM600 yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima setiap bulan.

PERINCIAN BANTUAN TAMBAHAN

Makluman untuk anda semua , bantuan tambahan STR yang diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan secara tanpa tunai menerusi kad pengenalan penerima yang layak agar dapat membuat perbelanjaan barangan keperluan asas ataupun dimaksudkan barangan dapur melalui pasaraya ataupun kedai yang berdaftar di seluruh Malaysia.

BANTUAN SARA DI SABAH , SARAWAK DAN LABUAN

Pengetahuan untuk semua penerima yang layak , cara bayaran agak sedikit berbeza di mana bagi penerima yang menetap di negeri Sabah , Sarawak dan Labuan akan terima bayaran secara Tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Manakala bagi mereka yang menetap di semenanjung akan terima bayaran dengan pengkreditan.

Baca juga : RASMI : Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Tahun 2024

Bantuan tambahan ini akan dilaksanakan sebanyak 2 kali dalam masa setahun dan kadar bayaran tersebut adalah berbeza mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti :

I. Kategori Isi Rumah / Warga Emas Yang Tiada Pasangan

  • RM600 (19 Februari)
  • RM600 (12 Ogos)

II. Kategori Bujang

  • RM300 (19 Februari)
  • RM300 (12 Ogos)

SEMAKAN KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan yang diperlukan untuk bantuan Tambahan SARA RM1200 ini adalah mereka yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar yang terdapat pada pangkalan data e-Kasih dengan data rujukan kementerian dan agensi kerajaan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan SARA ini , anda boleh terus rujuk di portal rasmi https://mykasih.com.my/ .