Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Kongsi

Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah merupakan salah stu bantuan kewangan yang akan disalurkan secara bulanan yuntuk diberikan kepada Veteran ATM dengan tujuan sebagai untuk meringankan serba sedikit beban bagi menyara sara hidup harian.

Untuk pengetahuan and semua , setiap permohonan yang telah diluluskan akan disalurkan bantuan kewangan sebanyak RM300 selama tiga tahun seperti yang ditetapkan dari bulan pertama pembayaran pertma dibuat. Selain itu , permohonan tersebut akan dinilai semula agar memastikan Veteran ATM ataupun penerima BSH itu masih layak diteruskan ataupun tidak.

Sebarang info lanjut ini , anda perlu membaca sehingga habis untuk mengetahui lebih mendalam berkenaan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV).

Baca juga : Bantuan STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Tidak Lama Lagi

SYARAT KELAYAKAN BSH

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk mereka yang ingin membuat permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 :

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Merupakan Veteran ATM
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
  • Bekas ahli pasukan 136 dan beka askar wataniah yang bekerja sepenuh masa
  • Balu yang telh berkahwin lain tidak layak untuk terima bantuan kewangan ini
  • Tidak diberhentikan di bawah kes tatatertib
  • Anak yatim piatu yang berumur 18 sehingga 21 jika masih belajar

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Borang permohonan ini anda boleh dapatkan melalui muat turun Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019. Borang permohonan ini perlulah diisi dengan lengkap dan tepat. Pemohon haruslah bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300, anda boleh terus rujuk melalui portal rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk mengetahui lebih lanjut.