Bantuan Prihatin Covid 3.0 Bagi Rakyat Sabah Akan Dibayar Sebanyak RM300 Secara “One-Off”

Kongsi

Untitled 2


 

Dalam satu kenyataan rasmi , Kerajaan Sabah telah membuat persetujuan untuk melaksanakan bantuan prihatin untuk 3.0 di Negeri Sabah.Sebelum ini , bantuan prihatin 1.0 dan 2.0 telah pun dilaksanakan dan dapat memberi manfaat kepada yang layak dalam menghadapai pandemik wabak covid-19.


Bantuan prihatin Covid 3.0 ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membantu golongan yang terjejas akibat kehilangan sumber pendapatan lenbih-lebih lagi perlaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 . 

BANTUAN PRIHATIN 3.0 SABAH

Melalui kenyataan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Hajiji Hj Noor , Bantuan prihatin 3.0 akan memberi manfaat kepada 370,432 penerima serta 343,665 yang berbentuk bakul makanan yang akan diagihkan kepada rakyat yang layak menerima bantuan tersebut. Tambahan pula , Bantuan Prihatin 3.0 ini melibatkan peruntukan sebanyak RM154, 835 981 juta.
<

/p>

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan : 

  1. Petani
  2. Nelayan
  3. Penjaja Kecil
  4. Berdaftar Dengan E-Kasih
  5. Kategori Miskin & Miskin Tegar
  6. Usahawan mikro & Kotej
  7. Pekebun Kecil Koko
  8. Pekebun Sawit (MPOB)
  9. Pekebun Kecil LIGS
  10. Penternak 
  11. Pekebun Kecil KPD
  12. Pekebun Kecil LKTNS
  13. Penggiat Seni
  14. Pemandu Bas
  15. Pemandu Teksi
  16. Malim Gunung
  17. Porters
  18. Pemandu lori
  19. Pemandu Pelancong
  20. Institusi Memandu 
  21. Pemandu bot

KADAR BANTUAN 

Bantuan Prihatin Covid 3.0 ini akan dibayar secara tunai ataupun “one-off” iaitu sebanyak :

  • RM300

TATACARA PEMBAYARAN

Untuk pengetahuan anda semua , Pembayaran Bantuan Prihatin 3.0 akan terus dikreditkan ke dalam akaun penerima , sekirannya anda pernah menerima bantuan prihatin sabah bagi sebelum ini berkemungkinan besar pembayaran automatik terus masuk ke dalam akaun anda.

8 thoughts on “Bantuan Prihatin Covid 3.0 Bagi Rakyat Sabah Akan Dibayar Sebanyak RM300 Secara “One-Off””

  1. zaman shafiee ..status dia berbunyi begini ''rm300 telah di berjaya di kredit ke akaun xxxxxxx EFT26020 ..

    zaman jiji nie bila semak status berbunyi" Status Anda tidak wujud"

    sekali aku berbunyi""Padan muka kamu semua yg pilih dia" sekali di buang status kamu sampai tidak wujud.. haha

Leave a Comment