Bantuan MyKasih RM100 : Semakan Pembayaran Bagi Bulan September 2024. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang berjumlah sebanyak RM1,200 akan disalurkan kepada penerima yang layak. Bantuan ini juga akan terus dikreditkan dalam MyKad setiap penerima mulai tahun ini.
Terdapat penambah baikan melalui bantuan SARA 2024 yang disediakan oleh kerajaan ini. Sebarang info lanjut sila rujuk maklumat yang akan dikongsikan di bawah.
Baca juga : Permohonan Rayuan Bantuan STR Fasa 3 Tahun 2024 kini Dibuka Untuk Rakyat Malaysia
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengugumkan bantuan SARA ini akan diteruskan lagi bagi tahun 2024. Hal ini dikatakan semasa pembentangan bajet belanjawan 2024 yang telah dilaksanakan pada bulan Oktober tahun lepas.
Bagi jumlah bantuan pula kerajaan telah menaikkan iaitu daripada RM600 kepada RM1,200 untuk setiap penerima yang layak sahaja. Oleh itu , sudah pasti dengan penambah baikan ini dapat memberikan manfaat dalam mengurangkan sedikit beban kewangan penerima.
CARA SEMAK BAYARAN BANTUAN MYKASIH
Berikut adalah cara untuk membuat semakan bayaran bantuan MyKasih yang akan dikreditkan bagi bulan September 2024 :
- Layari https://mykasih.com.my/
- Sila klik butang “Semak Status”
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Masukkan kod captcha yang tertera
- Klik pada bahagian “Semak Status”
- Status pembayaran bulan September akan dipaparkan
CARA TEBUS BANTUAN MYKASIH RM100
Untuk pengetahuan anda semua , jumlah keseluruhan bantuan MyKasih ini adalah sebanyak RM1,200 dan akan dilaksanakan bayaran RM100 setiap bulan dalam tempoh 12 bulan. Nama dan nombor MyKad penerima yang layak direkodkan dan boleh menggunakan wang bantuan yang diberikan untuk membuat perbelanjaan secara tanpa tunai melalui MyKad sahaja.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk bantuan MyKasih :
- Kategori isi rumh miskin tegar
- Pendapatan bulanan di bawah RM1,169
- Merupakan penerima STR 2023
- Tiada had umur
TARIKH BAYARAN
Berita baik untuk anda semua , pembayaran ini akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima kecuali penerima yang menetap di Sabah dan Sarawak sahaja yang akan terima bantuan tersebut secara tunai.
NOTE : Negeri selain dua yang diterangkan di atas akan terima bayaran bantuan MyKasih setiap bulan sehingga bulan Disember 2024.