Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) RM250 Untuk Rakyat Malaysia Tahun 2022

Kongsi

 

Untitled 1

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  dengan melancarkan sebuah skim bantuan iaitu Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) untuk diberikan kepada golongan B40 yang belum mepunyai lesen memandu kelas B2.


Makluman anda semua , Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) ini adalah merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT menerusi JPJ yang telah diperkenalkan oleh Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

CSR ini juga telah diperkenalkan dan dilaksanakan sejak tahun 1990 an lagi melalui Program JPJ bersama Rakyat sebelum ini ditukar nama kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ dengsn Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.

Menerusi Perdana Menteri , perlaksanaan Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) untuk diberikan kepada khas golongan B40 dan masyarakat Orang Asli dengan mempunyai kesulitan bagi mengikuti kelas di Institusi Latihan Memandu dalam mendapatkan lesen memandu kelas B2.

Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :

DISKAUN BANTUAN BLKM

Melalui program yang diperkenalkan ini , individu yang berkelayakan hanya dikenakan bayaran sebanyak RM250 sahaja dengan menghadirkan diri ke kursus singkat.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang diperlukan seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Tiada mempunyai sebarang kecacatan fizikal 
  • Tidak tersenaraj hitam JPJ ataupun Polis
  • Belum memliki sebarang lesen memandu

CARA MOHON BANTUAN LESEN MEMANDU KELUARGA MALAYSIA (BLKM)

Untuk buat masa sekarang   tidak ada kenyataan lagi yang dikeluarkan kleh kerajaan berkenaan permohonan bantuan BLKM ini , kami akan kongsikan maklumat terbaru yang telah dikemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) , anda boleh terus layari laman Facebook Rasmi MOT di https://www.facebook.com/motmalaysia .

Leave a Comment