Bantuan Kredit E-Wallet Akan Dinaikkan Daripada RM100 Ke RM150

Kongsi

Untitled 1


 

Semasa pembentangan pelan PEMERKASA yang telah diadakan pada yang lalu , Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengatakan bahawa bantuan kredit e-wallet yang mana akan dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 bagi yang layak. 

Untuk pengetahuan anda semua , perkara ini telah pun dinaikkan untuk kali kedua selepas penambahan RM50 kepada RM100 pada bulan januar 2021 yang lalu. Bantuan kredit e-Wallet ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 Juta untuk belia di seluruh Malaysia. Pemberian bantuan kredit e-wallet mempunyai di dalam strategi 4: Mengutamakan Agenda Keterangkuman , Langkah 6: Pembangunan Sukan serta Belia. 


SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KREDIT E-WALLET 

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan: 

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun serta tidak melebihi 20 tahun 
  • Merupakan pelajar IPTA serta IPTS yang layak tanpa mengira umur 
  • Mempunyai salah satu aplikasi perkhidmatan untuk membuat tebusan seperti Boost, Touch n Go dan Grab Pay. 

TATACARA MEMBUAT PERMOHONAN KREDIT E-WALLET

  • Tiada sebarang permohonan bersurat ataupun pergi ke mana-mana pejabat kerajaan diperlukan.
  • Bantuan ini akan diberikan sekiranya anda membuat memuat naik salah satu aplikasi daripada tiga aplikasi yang ditetapkan seperti Boost , Touch n Go dan Grab Pay. 
  • Seterusnya , anda perlu daftarkan akaun anda ataupun verifikasi akaun anda dengan menggunakan kad pengenalan.
Bantuan ini hanya akan diberikan kepada belia yang layak untuk menerima bantuan kredit e-wallet. Sekiranya anda layak , anda boleh verifikasi akaun anda untuk membuat tebusan dan bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun e-Wallet anda. Tetapi tiada tarikh rasmi yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan buat masa ini. 

5 thoughts on “Bantuan Kredit E-Wallet Akan Dinaikkan Daripada RM100 Ke RM150”

  1. Kami umur atas 20 tahun ni pun perlukan data untuk mengetahui info terkini dan perlukan bantuan ewallet juga untuk menambah perbelanjaan dirumah.belanja tambahan sementara menunggu gaji hujung bulan.

Leave a Comment