Bantuan Khas Tunai Sehingga RM650 Untuk Setiap Isi Rumah B40 Yang Layak

Kongsi

Bantuan khas tunai RM150 hingga RM650 untuk setiap isi rumah yang layak. Setelah menjadi buah mulut orang mengenai tarikh bayaran str fasa 3 akhirnya kerajaan telah mengugumkan tarikh rasmi bayaran akan disalurkan pada 29 Ogos 2024 secara berperingkat.

Menerusi bajet belanjawan 2024 , YAB Dato Seri Anwar Ibrahim merangkap sebagai Perdana Menteri serta Menteri Kewangan ini telah menyatakan bahawa melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melibatkan peruntukan dengn kadar kenaikkan sebanyak RM2 bilion dan dijangkakan akan memberi manfaat seramai 60% penerima yang layak.

Baca juga : Program Bantuan Kanak – Kanak JKM : Terima Bayaran Sehingga RM1000 Sebulan

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan salah satu bantuan tahunan yang disediakan oleh kerajaan untuk diberikan kepada golongan yang berpendatan rendah khususnya bagi mereka yang terdiri daripada kategori isi rumah , ibu bapa tunggal , warga emas dan bujang.

Untuk pengetahunan anda semua ,Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini akan dilaksanakan sebanyak 4 kali dalam masa setahun dan swtiap pembayaran tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat.

JUMLAH BANTUAN

Berikut adalah merupakan jumlah bantuan yang akan diberikan mengikut setiap kategori penerima yang layak :

I. Isi Rumah B40

  • RM150 – RM650

II. Isi Rumah M40

  • RM150 – RM300

III. Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM150

IV. Bujang

  • RM50

TARIKH BAYARAN

Bayaran ini telahpun diumumkan secara rasminya akan dilaksanakan 29 Ogos 2024 sehingga 6 September 2023 dengan secara berperingkat. Pembayaran ini akan terus dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak, bagi yang tiada akaun bank boleh tebus bantuan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).