Bantuan Khas Kewangan Sehingga RM1200 Bakal Dikreditkan Pada November 2023

Kongsi
Untitled 2

Bantuan yang akan dikongsikan ini adalah berkenaan bantuan STR 2023 ataupun yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah. Seperti yang sedia maklum , bantuan ini diperkenalkan semasa pembentangan bajet belanjawan yang diadakan pada tahun lepas.



Pada tahun ini bantuan tersebut telahpun dilaksanakan dengan melibatkan pembayaran secara berfasa. Dimaklumkan bayaran STR ini mempunyai 4 fasa dan fasa 1 , 2 & 3 telah pun selesai dilaksanakan.


Oleh itu , perkara yang akan dikongsikan adalah berkaitan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 4 berdasarkan kategori – kategori yang terlibat.
SENARAI KATEGORI PENERIMA STR

Berikut merupakan senarai kategori yang terlibat dalam pembayaran STR 2023 :

  • Isi Rumah (Tiada Had Umur)
  • Warga Emas Sebatang Kara (60 Tahun Ke Atas)
  • Bujang (21-59 Tahun)
  • Bujang OKU (19-59 Tahun)
PENERIMA BANTUAN STR 

Kategori yang bakan terima bantuan kewangan sebanyak RM1200

1. Kategori Isi Rumah B40 
2. Berpendapatan mestilah di bawah RM2,500
3. Isi rumah yang mempunyai tanggungan melebihi 5 orang anak

TARIKH PEMBAYARAN 

Untuk makluman anda semua , perkara ini telah dimaklumkan bahawa tarikh pembayaran ini akan dilaksankan pada bulan November 2023. Walaubagaimanapun , sebarang maklumat baharu akan dikongsikan darimasa ke semasa sekiranya perubahan tarikh untuk pembayaran STR Fasa 4.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai semakan status STR , anda boleh terus layari laman web portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .

Leave a Comment